Khamis, 26 April 2012

LATIHAN KEBAKARAN

 Tarikh  :  24 April 2012
 Hari     :   Selasa

Satu latihan kebakaran telah diadakan di SMK Telok Datok dengan kerjasama Pasukan Bomba Dan Penyelamat Daerah Banting .


 Pelajar-pelajar dan guru-guru bergegas ke padang sebaik siren kecemasan dibunyikan.




 Pelajar-pelajar beratur mengikut kelas masing-masing agar mudah bagi guru tingkatan mengesan kehadiran mereka.



 
Guru tingkatan membuat laporan kepada Penolong Kanan Pentadbiran, yang kemudiannya membuat laporan pula kepada Pegawai Bomba



 Taklimat daripada Pegawai Bomba . Antara teguran yang diberi adalah :
1. Pelajar-pelajar dan guru-guru tidak bersungguh-sungguh . Lambat kepadang dan mengambil masa melebihi 3 minit.
2. Pintu dan tingkap tidak ditutup.
3. Tidak beratur dengan segera setelah sampai di padang dan guru-guru kelas sepatutnya berada di hadapan barisan pelajar

Pegawai Bomba kemudian menerangkan jenis-jenis api dan alat pemadam kebakaran yang sesuai digunakan.



 Guru-guru dan pelajar mencuba menggunakan alat pemadam kebakaran. Perlu lihat dahulu arah angin, kemudian nozzle diarahkan kepada punca api (source). Jarak 6-10 kaki.





Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak bomba disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran

Tiada ulasan:

.....Assalamualaikum….

.....Buat sesiapa sahaja yang melayari blog ini, sekalung ucapan terima kasih buat anda dan salam perkenalan kepada yang belum mengenali. Sekiranya yang menatap blog ini adalah kawan lama yang terpisah, mudah-mudahan blog ini menjadi penghubung semula ikatan ukhuwwah filLah di antara kita..Ahlan Wasahlan..

- SMK Telok Datok Terbilang 2010 -