Isnin, 21 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua warga SMK Telok Datok. Buat semua guru, marilah kita sedekahkan keikhlasan untuk untuk kejayaan anak didik. Khas untuk semua pelajar SMKTD taatilah ibubapa, ikut nasihat dan tunjuk ajar guru serta berusaha gigih demi kejayaan. Khas untuk bekas pelajar, ibu bapa dan sesiapa yang mencintai SMKTD, marilah kita berganding bahu untuk mencemerlangkan dan menterbilangkan sekolah bestari ini.

Yang kurik itu kendi, berbudilah kepada sekolah;

Marilah kita pecahkan ruyung untuk menikmati sagunya; The best 'Team work'
comes from SMKTDians!

Selasa, 8 September 2009

Ucapan Hari Raya

Jika dulu kita hantar ucapan Hari Raya menggunakan kad fizikal yang boleh dibeli dikedai dengan harga serendah 50sen(ada lagi ke? :) ). Tapi kini zaman sudah berubah,anda boleh mengirimkan ucapan raya secara digital. Sama ada dengan cara SMS, Email mahupon MMS. Kalau yang ringkas kita cuma hantar ayat-ayat ucapan yang pendek sahaja. Ada juga yang hantar gambar-gambar yang menarik seperti gambar ketupat, masjid dan lain-lain. Sempena dengan ketibaan Bulan Syawal yang akan datang. Suluh Penghidupan mengalukan Ucapan Hari Raya dari semua pengunjung yang mengunjugi laman blog ini.

Klik Ruangan Salam AidilFitri di bawah Logo Sekolah untuk menghantar ucapan. TQ

.....Assalamualaikum….

.....Buat sesiapa sahaja yang melayari blog ini, sekalung ucapan terima kasih buat anda dan salam perkenalan kepada yang belum mengenali. Sekiranya yang menatap blog ini adalah kawan lama yang terpisah, mudah-mudahan blog ini menjadi penghubung semula ikatan ukhuwwah filLah di antara kita..Ahlan Wasahlan..

- SMK Telok Datok Terbilang 2010 -