Sabtu, 30 Mei 2009

katakanlah

mungkin kerana kita leka... sekali pena terlepas dari genggaman, ucapan 'oppss' mendahului YA ALLAH, bila perut kenyang, 'haa...kenyangnya' mengatasi ALHAMDULILLAH, bila terpegun dengan keindahan alam, SUBHANALLAH ditutup oleh 'cantiknya', bila dikunjungi berita malang, 'kasihannya' terucap kerana kita lupa pada INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUUN, kadangkala kita lupa kerana kita terbiasa... tp ingatlah agar bila Izrail mendekati kita, biarlah ucapan LAILAHAILLALLAH menjadi juara mengatasi segala kata2..

Khamis, 28 Mei 2009

Cara Penggunaan Email Sekolah

Untuk memudahkan urusan para guru yang tidak mempunyai emel sendiri atau tidak pernah memiliki sebarang akaun emel. Pihak SMK Telok Datok telah menyediakan satu domain khas untuk sekolah dan turut diserta sekali dengan akaun emel yang akan digunakan khas untuk pentadbiran, guru-guru dan kakitangan SMK Telok Datok. Diharap emel ini dapat dimanfaatkan oleh semua untuk urusan seharian.
...
Alamat Emel : namaanda@smktd.edu.my - ( Contoh : zahari@smktd.edu.my )
Password : ***** - ( berhubung dgn Cg Halim & Cg Zahari untuk dptkan kata laluan )
  1. Encik Abdul Wahid bin Takat *Pengetua*
    pengetua@smktd.edu.my
    abdulwahid@smktd.edu.my
  2. Puan Mariam binti Haji Badar *Penolong Kanan*
    pk1@smktd.edu.my
    mariam@smktd.edu.my
  3. Encik Abdullah bin Lebai Abas *PK Hal Ehwal Murid*
    pkhem@smktd.edu.my
    abdullah@smktd.edu.my
  4. Encik Kamarudin bin Osman *PK Kokurikulum*
    pkkoko@smktd.edu.my
    kamarudin@smktd.edu.my
  5. Puan Noriza binti Awang *GKB Teknik & Vokasional*
    noriza@smktd.edu.my
  6. Puan Mulia binti Ismail *GKB Kemanusiaan*
    mulia@smktd.edu.my
  7. Puan Rahmah binti Haji Samuri *GKB Sains & Matematik*
    rahmah@smktd.edu.my
  8. Encik Roseman bin Abdul Rahman *GKB Bahasa*
    roseman@smktd.edu.my
  9. Puan Aznora binti Yuseh *Guru Kaunselor*
    aznora@smktd.edu.my
  10. Encik Ramlan bin Osman *Guru Kaunselor*
    ramlanosman@smktd.edu.my
  11. Encik Abdul Halim bin Abdul Wahab *Guru Penyelaras Bestari*
    abdulhalim@smktd.edu.my
  12. Encik Abdul Manan bin Mohamad Zain
    abdulmanan@smktd.edu.my
  13. Encik Abdul Razak bin Ahmad
    abdulrazak@smktd.edu.my
  14. Cik Adzlina binti Ibrahim
    adzlina@smktd.edu.my
  15. Puan Alizawati binti Mohd.Shamsudin
    alizawati@smktd.edu.my
  16. Puan Anida binti Ali
    anida@smktd.edu.my
  17. Encik Azlan bin Lihem
    azlan@smktd.edu.my
  18. Puan Azuriah binti Abdul Manaf
    azuriah@smktd.edu.my
  19. Pan Azuwin binti Kandar
    azuwin@smktd.edu.my
  20. Encik Dewarajan a/l Nalappan
    dewarajan@smktd.edu.my
  21. Cik Faizah binti Deris
    faizah@smktd.edu.my
  22. Cik Faridah binti Ramli
    faridah@smktd.edu.my
  23. Encik Ghazali bin Lateh
    ghazali@smktd.edu.my
  24. Encik Gunaseelan a/l Subramaniam
    gunaseelan@smktd.edu.my
  25. Puan Halijah binti Jadi
    halijah@smktd.edu.my
  26. Puan Haliza binti Hussin
    haliza@smktd.edu.my
  27. Encik Hasni bin Sulaiman
    hasni@smktd.edu.my
  28. Puan Hayati binti Tanawi
    hayati@smktd.edu.my
  29. Puan Ja’aronah binti Ahmad Razali
    jaaronah@smktd.edu.my
  30. Puan Junaidah binti Saari
    junaidah@smktd.edu.my
  31. Cik Kahlah Vathee a/p Periasamy
    kahlah@smktd.edu.my
  32. Puan Lee Yam Hee
    yamhee@smktd.edu.my
  33. Puan Mai Zaiton binti Mior Sufli
    maizaiton@smktd.edu.my
  34. Pan Marhaini binti Mulim
    marhaini@smktd.edu.my
  35. Puan Masliza binti Sariat
    masliza@smktd.edu.my
  36. Encik Mohd.Isa bin Sariat
    isa@smktd.edu.my
  37. Encik Mohd.Nor Erwandy bin Mat Rejab
    erwandy@smktd.edu.my
  38. Encik Mohmad Ishak bin Mislan
    ishak@smktd.edu.my
  39. Cik Muniera binti Yusoff
    muniera@smktd.edu.my
  40. Puan Nazahiyah binti Abdul Kadir
    nazahiyah@smktd.edu.my
  41. Cik Ng Chu Mooi
    chumooi@smktd.edu.my
  42. Puan Nik Hanani binti Raja Ibrahim
    hanani@smktd.edu.my
  43. Puan Noor Hashimah binti Amir
    hashimah@smktd.edu.my
  44. Cik Nora anak Gasah
    nora@smktd.edu.my
  45. Pan Norhayani binti Ahmad
    norhayani@smktd.edu.my
  46. Puan Norizan Binti Abdul Khalid
    norizan@smktd.edu.my
  47. Puan Norliza binti Jais
    norlizajais@smktd.edu.my
  48. Puan Norliza binti Zakaria
    norlizazakaria@smktd.edu.my
  49. Encik Palaniappan a/l Karuppan
    palaniappan@smktd.edu.my
  50. Puan Pusppavalli a/l Krishnan
    pusppavalli@smktd.edu.my
  51. Puan Raja Saizatun Mazlis binti Raja Dazman
    mazlis@smktd.edu.my
  52. Cik Rafiah binti Mohd.Taib
    rafiah@smktd.edu.my
  53. Puan Ruhani binti Said
    ruhani@smktd.edu.my
  54. Encik Rezaimi bin Osman
    rezaimi@smktd.edu.my
  55. Puan Rosmah binti Baharudin
    rosmah@smktd.edu.my
  56. Encik Salahuddin bin Hassan Jaba’ie
    salahuddin@smktd.edu.my
  57. Encik Sallehuddin bin Samiran
    sallehuddin@smktd.edu.my
  58. Puan Suzaini binti Sihar
    suzaini@smktd.edu.my
  59. Puan Samilah binti Samiran
    samilah@smktd.edu.my
  60. Encik Samsudin bin Md.Daud
    samsudin@smktd.edu.my
  61. Puan Siti Faizah binti Abdullah
    sitifaizah@smktd.edu.my
  62. Puan Siti Nazura binti Mohd.Diah
    nazura@smktd.edu.my
  63. Puan Suhana binti Mohamed Rusli
    suhana@smktd.edu.my
  64. Puan Zainab bin Bujang
    zainab@smktd.edu.my
  65. Encik Zainuddin bin Abdul Karim
    zainuddin@smktd.edu.my
  66. Encik Zakaria bin Hamid
    zakaria@smktd.edu.my
  67. Puan Zaliha binti M.Atan
    zaliha@smktd.edu.my
  68. Encik Zori bin Harun
    zori@smktd.edu.my
  69. Puan Zubaidah binti Bujang
    zubaidah@smktd.edu.my
  70. Cik Zuraidah binti Rahmat
    zuraidah@smktd.edu.my
  71. Puan Mashitah binti Mohd.Akib
    mashitah@smktd.edu.my
  72. Cik Azilawati binti Ayob
    azilawati@smktd.edu.my
  73. Cik Gayah Normahzura binti Khaizan
    gnormahzura@smktd.edu.my
  74. Cik Farah Hanis binti Mahmoodin
    farahhanis@smktd.edu.my
  75. Puan Misarah binti Hj.Abd.Rahman *Penolong Kanan Petang*
    misarah@smktd.edu.my
    petang@smktd.edu.my
  76. Puan Norhazwah binti Estiar *Guru Kaunselor*
    norhazwah@smktd.edu.my
  77. Encik Abdul Aziz bin Ismail
    abdulaziz@smktd.edu.my
  78. Encik Ambigai Balan a/l Thangaveloo
    ambigaibalan@smktd.edu.my
  79. Puan Armi Fahrin binti Abdullah
    armifahrin@smktd.edu.my
  80. Puan Asmah binti Othman
    asmah@smktd.edu.my
  81. Cik Chong Soo Ping
    sooping@smktd.edu.my
  82. Puan Chuliah binti Djurip
    chuliah@smktd.edu.my
  83. Puan Helanna binti Nibon
    helanna@smktd.edu.my
  84. Encik Krishnan a/l Mookan
    krishnan@smktd.edu.my
  85. Encik Mohamad Azmi bin Haji Hassan
    azmi@smktd.edu.my
  86. Encik Mohamad Fauzi bin Mohmed @ Ismail
    fauzi@smktd.edu.my
  87. Encik Mohd.Hasmar Adam bin Mohd.Toha
    hasmaradam@smktd.edu.my
  88. Puan Noor Haslinda binti Salim
    haslinda@smktd.edu.my
  89. Puan Nor Azimah binti Aziz
    azimah@smktd.edu.my
  90. Puan Nurazlin binti Muhammad
    nurazlin@smktd.edu.my
  91. Cik Nurhayati binti Hamzah
    nurhayati@smktd.edu.my
  92. Puan Nur Wahidah binti Ibrahim
    wahidah@smktd.edu.my
  93. Encik Ramlan bin Mohamad
    ramlan@smktd.edu.my
  94. Cik Rosila binti Othman
    rosila@smktd.edu.my
  95. Puan Roslina binti Mat Zain
    roslina@smktd.edu.my
  96. Puan Saimah binti Nordin
    saimah@smktd.edu.my
  97. Puan Saroja Devi a/p Subramaniam
    saroja@smktd.edu.my
  98. Encik Zahari bin Rusdi
    zahari@smktd.edu.my
  99. Encik Mohd.Ismadi bin Ismail
    ismadi@smktd.edu.my


    KAKITANGAN BUKAN GURU

  100. Puan Rodiah binti Shuki *Ketua Pembantu Tadbir *
    rodiah@smktd.edu.my
  101. Puan Julia binti Othman *Pembantu Tadbir*
    julia@smktd.edu.my
  102. Encik Baharudin bin Ibrahim *Pembantu Tadbir Rendah*
    baharudin@smktd.edu.my
  103. Puan Nor Aisah binti Mohd.Agus *Penyelia Asrama*
    noraisah@smktd.edu.my
  104. Encik Muhammad Saifuddin bin Ismail *Juruteknik Komputer*
    saifuddin@smktd.edu.my
  105. Puan Juliana binti Ahmad *Pembantu Am Pejabat*
    juliana@smktd.edu.my
  106. Puan Zuraidah binti Takiman *Pembantu Am Pejabat*
    zuraidah@smktd.edu.my


    KAKITANGAN MAKMAL

  107. Puan Maznah binti Mabni *Pembantu Makmal*
    maznah@smktd.edu.my
  108. Puan Roharimah binti Karim *Pembantu Makmal *
    roharimah@smktd.edu.my
  109. Puan Rohana binti Ali *Pembantu Makmal *
    rohana@smktd.edu.my
  110. Cik Asmizah binti Saiman *Pembantu Makmal *
    asmizah@smktd.edu.my
  111. Puan Shamsinar binti Johari *Pembantu Am Pejabat *
    samsinar@smktd.edu.my
  112. Encik Ramli bin Yasir *Pembantu Am Pejabat*
    ramli@smktd.edu.my
  113. Encik Kosot bin Johari *Pembantu Am Pejabat *
    kosot@smktd.edu.my


    PUSAT SUMBER
  114. Puan Siti Mariah binti Radiyo *Pekerja Rendah Awam*
    mariah@smktd.edu.my

Dibawah ini diterangkan serba sedikit cara-cara untuk menggunakan emel sekolah.

Pautan untuk masuk ke emel sekolah : http://webmail.smktd.edu.my


Langkah 1
(klik pada gambar untuk besarkan)

Langkah 2
(klik pada gambar untuk besarkan)

Langkah 3
(klik pada gambar untuk besarkan)

Langkah 4
(klik pada gambar untuk besarkan)

Langkah 5
(klik pada gambar untuk besarkan)

Langkah 6
(klik pada gambar untuk besarkan)

Rabu, 27 Mei 2009

Pengumuman Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Kepada guru-guru yang berminat menghantar bahan pengajaran dan pembelajaran (Power Point) untuk bulan Mei sila hantar ke alamat berikut zaharismktd@gmail.com atau zahari@smktd.edu.my . Kerja-kerja penambahbaikan akan bermula pada 1 June hingga 5 June. Penghantaran 'by hand' sila serahkan sebelum jumaat 29 Mei 2009 , 6.20 petang. Penghantaran melalui 'email' pada atau selewat-lewatnya 1 June 2009. Penghantaran selepas tarikh yang dinyatakan akan diurus penambaikannya pada awal Julai 2009. Bersama-sama kita menambahkan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk menyediakan modal insan akan datang.
.
wassalam

Sabtu, 23 Mei 2009

Doa Untuk Pelajar

Amalan Ketika Hendak Belajar

Maksudnya: Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, Dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah adalah Maha Besar, Dan tiadalah daya dan tiadalah kekuatan melainkan dengan (daya dan kekuatan) Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar; Menurut bilangan setiap huruf yang telah ditulis (manusia) atau yang akan ditulis, terus menerus selama berkekalan abad dan berterusannya masa; wahai Tuhan Semesta Alam.

Maksudnya: Ya Allah! bukakanlah kepadaku hikmah (ilmu kebijaksanaan) Engkau; dan kembangkanlah kepada ku rahmat
(belas kasihan) Engkau; Wahai Tuhan Yang Memilikki Segala Kebesaran dan Kemuliaan!

Maksudnya: Wahai Tuhan, lapangkanlah untukku dadaku. Dan permudahkanlah untukku urusanku.Dan lepaskanlah kegagapan lidahku, agar mereke mengerti perkataaanku!

Maksudnya: Aku telah beriman kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Tunggal, Yang Maha Hidup dan tiada sekutu bagi-Nya.

Maksudnya: (Maka kami [Allah] telah memberi pengertian kepada Nabi Sulaiman, mengenai hukum [yang lebih tepat]; dan kepada masing-masing mereka Kami telah berikan hikmah dan ilmu. Dan Kami mudahkan gunung-gunung dan burung, semua bertasbih bersama Nabi Daud dan adalah Kami [kuasa] berbuat [demikian].)

Maksudnya: Ya Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri, Ya Tuhan bagi Nabi Musa dan Harun, Tuhan bagi Nabi Nuh, Ibrahim, Isa dan Muhammad s..a.w. Muliakan aku dengan memperolehi kebagusan menghafal (mengingati) dan kecepatan memahami. Dan berikanlah akau hikmah (rahsia segala sesuatu) dan pengenalan ilmu, juga ketetapan hati, akal dan kesantunan. Wahai Tuhan semesta alam.

Maksudnya: Wahai Tuhan yang mengajarkan hikmah kepada Nabi Ibrahim, ajarilah aku hikmah kepada Nabi Ibrahim, ajarilah aku hikmat; Wahai Tuhan yang memberi kefahaman kepada Nabi Sulaiman, berilah kefahaman kepada aku!

Adab Penuntut Ilmu

Para pelajar yang dikasihi,

Jika ada banyak keperluan dalam hidup kita, maka ilmu menjadi keperluan utama dalam hidup. Ilmu adalah bekalan yang paling penting. Ilmu menukarkan seseorang yang miskin dan hina menjadi insan yang mulia. Oleh itu, ilmu perlu dicari. Ia tidak akan datang sendiri. Ketika menuntut ilmu, jagalah adap-adapnya. Antara adab yany perlu dijaga oleh seorang penuntut ilmu ialah:

Pertama - Betulkan niat atau tujuan belajar kita. Seharusnya niat kita belajar adalah untuk mendapatkan ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmu nanti, kita mendapat kebaikan dan manfaat. Dengan ilmu juga kita dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Kedua - Memuliakan guru. Anggaplah guru sebagai insan yang penting sebagaimana pentingnya ibu bapa kita. Guru adalah insan yang banyak berjaya dalam hidup kita. Penuntut ilmu harus selalu berlapang dada dan bersedia menerima pengajaran daripada seorang guru. Jangan sesekali mengumpat atau mencela guru.

Ketiga - Mengeluarkan diri kita dari kejahilan dan membantu orang lain keluar dari kejahilan mereka. Manusia pada asalnya jahil dan tidak tahu apa-apa pun. Melalui pembelajaran, manusia mendapat ilmu pengetahuan. Kemudiannya dia menyampaikan ilmu kepada orang lain pula. Ilmu itu akan terus bersambung dari satu generasi kepada satu generasi seperti yang digalakkan oleh Rasulullah. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sampaikan dariku walaupun cuma satu ayat" (HR:Bukhari)

Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Para muridnya bertanya: Para muridnya bertanya: Apakah maksud tuan? Beliau menjawab: Apabila ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain.

Keempat - Mengamalkan ilmu yang dipelajari. Kajian mendapati orang yang mengamalkan ilmu yang telah dipelajari lebih mengingati dan memahaminya serta mendapat lebih manfaat dari ilmu tersebut. Ada perumpamaan yang mengatakan, orang yang memilikki ilmu seolah-olah memilikki senjata atau pedang. Apalah ertinya senjata itu jika tidak digunakan.

Kelima- Mencari kebenaran. Maksudnya, setiap ilmu yang diterima harus diselidik kebenarannya. Dalam mencari kebenaran kita harus sabar dan tidak tergesa-gesa. Jangan cepat merasa bosan dan keluh kesah semasa mencari ilmu. Walau sesukar mana sesuatu pelajaran itu, jika terus berusaha memahaminya melalui pelbagai cara tentu akan berhasil akhirnya.

Para pelajar yang dikasihi sekalian,

Jaga adab dalam menuntut ilmu. Jangan menjadi orang yang sombong dengan merasa dirinya sudah pandai. Jangan menjauhkan diri dari orang yang berilmu kerana perbuatan itu seolah-olah lari dari ilmu. Tuntutlah seberapa banyak ilmu kerana ilmu yang bermanfaat dan dimanfaatkan akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.

Sumber: SPIM, Jabatan Pelajaran Selangor

Jumaat, 22 Mei 2009

Fail PATS Tingkatan 2, 3 dan 5

Kepada semua guru .

Harap jalankan PATS seperti yang telah dikursuskan

Kepada guru tingkatan,

Harap serahkan fail PATS kelas cikgu kepada kaunselor sebelum cuti sekolah. Didalam fail ini mesti ada graf pencapaian dan keputusan murid secara individu.

Kepada kaunselor,

Harap kumpulkan fail PATS dan di letakkan di tempat yang sesuai ( almari ) bukan dalam kotak.

Segala kerjasama tuan/puan saya ucapkan terima kasih.

Sabtu, 16 Mei 2009

Lagu Tema Hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Untuk Muat Turun Lagu :
(Klik Kanan di Pautan - Save Target As)

Selamat Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Berikut adalah Logo Hari Guru Tahun 2009 yang membawa maksud :

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru SMK Telok Datok khususnya dan tidak dilupakan juga kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia. Tidak kira dimana cikgu berada. Semoga cikgu-cikgu terus sukses mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti jemu. Sesungguhnya amat besar pengorbananmu demi mendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Terima Kasih Cikgu.!

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah akan diadakan pada Hari Isnin, 18 Mei 2009. Diharap hari bermakna ini dapat kita manfaatkan bersama. Selamat Hari Guru Cikgu.!

Klik sini untuk membaca Ucapan Hari Guru Buat Guru-Guru SMK Telok Datok.

Terima Kasih Cikgu




Isnin, 11 Mei 2009

Perkembangan Staf - EduWebTV

Hari ini (Isnin) telah diadakan Kursus Perkembangan Staf berkenaan penggunaan EduWebTV bagi guru Smktd. Kursus ini dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan 1 untuk cikgu sesi petang dan kumpulan 2 dan 3 adalah pecahan kumpulan dr cikgu sesi pagi. Kursus EduWebTV ini di ketuai oleh Cikgu Zaliha M.Atan yang merupakan Guru Media SMKTD. Diharap dengan adanya pendedahan berkenaan kursus ini dpt membantu para guru untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Untuk info lanjut. Layari Laman EduWebTV di http://www.eduwebtv.com/

*untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan EduWebTV boleh lah berhubung terus dengan Cikgu Zaliha di Pusat Sumber Sekolah.

Selamat Bersara..


Kami Warga Smktd ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir dan Selamat Bersara buat Cikgu Zuraidah Rahmat yang telah menamatkan perkhidmatannya pada Khamis, 30 April 2009 yang lalu..

Jasa baik cikgu akan dikenang sepanjang hayat..
Selamat Bersara Cikgu..

.....Assalamualaikum….

.....Buat sesiapa sahaja yang melayari blog ini, sekalung ucapan terima kasih buat anda dan salam perkenalan kepada yang belum mengenali. Sekiranya yang menatap blog ini adalah kawan lama yang terpisah, mudah-mudahan blog ini menjadi penghubung semula ikatan ukhuwwah filLah di antara kita..Ahlan Wasahlan..

- SMK Telok Datok Terbilang 2010 -