Sabtu, 30 Julai 2011

PELANCARAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN 2011 DI SMK TELOK DATOK

PEMANTAUAN KURIKULUM PENGURUSAN AKADEMIK KE SMK TELOK DATOK

Sumber : website PPD Kuala Langat

Tarikh          : 21 Julai 2011
Kehadiran     : En Mohamad Yusri bin Dahrumi-PPPD Akademik, En Mohd Zaki bin Mat Salimi-PPPD Sains & Matematik dan 6 orang Guru Cemerlang.
Sinopsis        : Pemantauan menumpukan kepada pengurusan Kurikulum, pengurusan Pengajaran & Pembelajaran dan pengurusan bilik-bilik Khas. Pembentangan dapatan diadakan selepas pemantauan bagi tujuan penambahbaikan.

Ahad, 24 Julai 2011

PERASMIAN MINGGU KOAKADEMIK & SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SMK TELOK DATOK...


PERASMIAN MINGGU KOAKADEMIK & SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
SMK TELOK DATOK ( SESI PAGI )...18 JULAI 2011

Sabtu, 23 Julai 2011

MINGGU KOAKADEMIK SMKTD 2011..KHIDMAT MENCUCI KERETA OLEH 5 KAA


AKTIVITI MINGGU KOAKADEMIK & SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 19 HINGGA 21 JULAI 2011
DI SMK TELOK DATOK
....antaranya ialah memupuk semangat keusahawanan dan kerjasama
di kalangan pelajar melalui aktiviti kelab dan persatuan

Sasterawan Negara Datuk Dr. Anwar Redwan dan Prof. Rahman Shaari ke SMK...


MINGGU KOAKADEMIK DAN SAMBUTAN BULAN KMERDEKAAN 2011

Rabu, 20 Julai 2011

Kunjungan Sasterawan Negara Datuk Dr. Anwar Redwan dan Prof. Rahman Shaari ke SMK Telok Datok.

 Datuk Dr. Anwar Redwan menyampaikan ucapan sempena kunjungan beliau.
 Prof. Rahman Shaari menyampaikan syarahan bahasa kepada pelajar prauniversiti TEDI
 Datuk Dr. Anwar Redwan merasmikan Minggu Koakademik SMK Telok Datok 2011
 Pelajar-pelajar prauniversiti TEDI mendengar syarahan.
 Penyampaian cenderamata oleh  Datuk Dr. Anwar Redwan kepada Penolong Kanan Tingkatan 6 SMKTD, Tuan Haji Kamaruddin Othman
Cenderamata kepada Prof Rahman Shaari.

Pihak SMK Telok Datok amat berbesar hati menerima kunjungan dua orang tokoh sastera tanah air, iaitu Sasterawan Negara Datuk Dr. Anwar Redwan dan Prof. Rahman Shaari.  Kunjungan ini amat bermakna bagi seluruh warga SMKTD untuk membangkitkan semangat warga sekolah, khususnya pelajar-pelajar prauniversiti untuk menggiatkan usaha untuk melangkah lebih jauh dalam dunia akademik, khususnya dalam bidanng bahasa dan kesusasteraan Melayu.

KERJAYA 2006.mpg

Sabtu, 16 Julai 2011

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH 2011..

TARIKH : 30 JUN 2011/28 REJAB 1432H (KHAMIS)

MASA : 9.00 PAGI

PERASMI : YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI MAHMUD KARIM

TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN SELANGOR

TURUT HADIR : MOHD SALLEH MOHD KASSIM

KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH, JPN SELANGOR

TOKOH GURU : TOKOH GURU DAERAH KUALA LANGAT 2011

1. 1. HAJAH CHE MUNING MOHD TUSOFF A.M.N
2. 2. HAJI MOHD YUSOF SANIB P.J.K
3. 3. KHOO SAW HONG(SALLY JACOB)
4. 4. MUNIANDY A/L RAMASAMY
5. 5. HAJI RAMLAN HAMZAH

AZMI MOHAMAD ALI-GURU GEMILANG (ANUGERAH KHAS)

RAMALA ABU BAKAR – GURU GEMILANG KURIKULUM

MOHAMED HANAFI WAHAB – GURU GEMILANG KOKURIKULUM

NUR HIDAYAH MOHD YUSUF CHONG – GURU INOVATIF SEK. MENENGAH

SITI ZUHANA SUNGIP – GURU INOVATIF PRASEKOLAH

AZIZ KEDOL – GURU PEMIMPIN DALAM ICT

ZAHARI RUSDI – GURU DALAM ICT

Khamis, 7 Julai 2011

Program Larian 1murid, 1sukan, 1 Malaysia ... 2 Julai 2011


Acara Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia telah berjaya diadakan di seluruh negara pada 2 Julai 2011. SMK. Telok Datok tidak terkecuali menyahut cabaran tersebut.

Pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Wahid Bin Takat, Pengetua SMK. Telok Datok.

Bermula dengan larian sejauh kira-kira 2 km dari padang sekolah mengelilingi Taman Seri dan kembali ke SMKTD. Pihak sekolah sangat berpuas hati dengan kerjasama dan persepaduan di antara warga SMKTD dalam menjayakan acara tersebut.

Selepas larian tersebut, warga SMKTD meneruskannya dengan pertandingan sukan melibatkan semua acara sukan seperti Futsal, tarik tali, bola keranjang, bola jaring, bola tampar dan petaque. Kelas-kelas yang telah berjaya memenangi acara-acara tersebut diucapkan tahniah, sementara kelas yang tidak berjaya juga diucapkan setinggi tahniah kerana keterlibatan anda sangat bermakna dalam membina erti sebuah negara yang bersatu padu dan berwibawa dengan integriti tersendiri.

Oleh kerana gambar kenangan tersebut terlalu banyak untuk dipaparkan di ruangan ini, pihak admin suluhpenghidupan memaparkannya menggunakan photo story 3 .... harap warga SMKTD gembira dengan penghasilannya....






.....Assalamualaikum….

.....Buat sesiapa sahaja yang melayari blog ini, sekalung ucapan terima kasih buat anda dan salam perkenalan kepada yang belum mengenali. Sekiranya yang menatap blog ini adalah kawan lama yang terpisah, mudah-mudahan blog ini menjadi penghubung semula ikatan ukhuwwah filLah di antara kita..Ahlan Wasahlan..

- SMK Telok Datok Terbilang 2010 -