Khamis, 24 Disember 2009

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PMR

Keputusan PMR 2009. Peratus Lulus 89.62% dan Gerd Purata 1.9
Tahniah dan terima kasih kepada semua guru SMKTD terutamanya guru yang mengajar tingkatan 3, 2 dan 1 , Ketua Panitia, GKMP dan Guru Bimbingan Kaunseling telah membantu meningkatkan prestasi PMR 2009. Teruskan usaha untuk tahun 2010.

Isnin, 7 Disember 2009

SMK TELOK DATOK 2010; Terus Mencapai Keterbilangan

Selamat Datang 2010. Semoga semua warga SMK Telok Datuk melangkah ke hadapan dengan semangat dan azam baru demi keterbilangan sekolah kita. "Bulat Air Kerana Pembentung; dedikasi, kejujuran dan kerjasama padu menjadi taruhan..."

6 Teras Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Area)

1. Menurunkan Kadar Jenayah
2. Memerangi Rasuah
3. Meluaskan Akses Pendidikan Bermutu
4. Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat
5. Memperkasa Prasarana Luar Bandar
6. Menambahbaik Perkhidmatan Pengangkutan Awam;

Meluaskan Akses Pendidikan Bermutu di SMK Telok Datok;
  • Merangka Pelan Strategik Sekolah 2011 - 2013
  • Meningkatkan Kemahiran Guru dalam Proses Pengajaran
  • Meluaskan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar berbantukan ICT
  • Menyediakan prasarana lebih kondusif untuk proses pembelajaran
  • Meningkatkan kemahiran murid dari sudut pembelajaran dan aktiviti kokurikulum
  • Meningkatkan kerjasama dengan PIBG, Alumni dan badan-badan lain demi memajukan sekolah.

Selamat Kembali... Semoga memperolehi Haji Mabrur khas untuk Hajah Cik Rafiah Mohd Taib, Hajah Puan Hayati Thanawi dan Puan Hajah Suzaini Sihar.

Untuk semua murid,

Selamat memulakan alam persekolahan sesi 2010. Jangan tunggu lagi, mulakanlah usaha anda kerana kejayaan yang cemerlang mesti dibina dengan usaha yang berterusan. Berdoalah kepada-Nya supaya kecemerlangan itu di dalam genggaman anda!

.....Assalamualaikum….

.....Buat sesiapa sahaja yang melayari blog ini, sekalung ucapan terima kasih buat anda dan salam perkenalan kepada yang belum mengenali. Sekiranya yang menatap blog ini adalah kawan lama yang terpisah, mudah-mudahan blog ini menjadi penghubung semula ikatan ukhuwwah filLah di antara kita..Ahlan Wasahlan..

- SMK Telok Datok Terbilang 2010 -