Rabu, 22 September 2010

Hari Habitat Sedunia


Hari Habitat Sedunia mula disambut oleh UN-HABITAT bermula tahun 1986. Objektif sambutan Hari Habitat Sedunia adalah seperti berikut :
(i) Meningkatkan kesedaran masyarakat dunia mengenai keadaan petempatan manusia semasa;
(ii) Hak setiap individu untuk memiliki tempat tinggal yang selesa; dan
(iii) Mengingatkan masyarakat dunia mengenai tanggungjawab masing-masing terhadap masa depan penempatan manusia.
Hari HabitatSedunia disambut pada hari Isnin pertama bulan Oktober pada setiap tahun. Setiap negara ahli digalakkan untuk menyambut Hari Habitat Sedunia di negara masing-masing dengan menganjurkan aktiviti atau program yang selari dengan objektif. Sambutan peringkat global atau World Habitat Day Observane akan diaturkan oleh UN-HABITAT di satu atau dua buah negara yang terpilih setiap tahun.
Hari Habitat Sedunia disambut di Malaysia diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, selaku National Focal Point bagi UN-HABITAT di Malaysia. Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Bahagian Korporat adalah urus setia bagi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Habitat Sedunia peringkat kebangsaan setiap tahun.

Tema Hari Habitat Sedunia Bagi 10 Tahun Kebelakangan ini:
2000 – Women in Urban Governance
2001 – Cities without Slums
2002 – City-to-City Cooperation
2003 – Water and Sanitation for Cities
2004 – Cities – Engines of Rural Development
2005 – Millennium Development Goals and the Cities
2006 – Cities, magnet of hope
2007 – Safe City is a just city
2008 – Harmonious Cities
2009 – Planning Our Urban Future
2010 – Better City, Better Life

(diambil daripada Blog Rasmi Hari Habitat Sedunia oleh KPKT,)

.....Assalamualaikum….

.....Buat sesiapa sahaja yang melayari blog ini, sekalung ucapan terima kasih buat anda dan salam perkenalan kepada yang belum mengenali. Sekiranya yang menatap blog ini adalah kawan lama yang terpisah, mudah-mudahan blog ini menjadi penghubung semula ikatan ukhuwwah filLah di antara kita..Ahlan Wasahlan..

- SMK Telok Datok Terbilang 2010 -