Sabtu, 31 Oktober 2009

Kenangan Majlis Jamuan Akhir Tahun KGKSMKTD 2009

Video gambar Jamuan Akhir Tahun KGKSMKTD

24 Oktober 2009, Sabtu, Camar Laut, LKIM, Bagan Lalang

(Gambar daripada kamera Cikgu Siti Fatimah)











































Isnin, 26 Oktober 2009

Jamuan Akhir Tahun

Kelab Guru dan Kakitangan telah mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun bersekali dengan Jamuan Aidil Fitri dan Deepavali. Majlis tersebut diadakan di Camar Laut, Pusat Latihan Lembaga Perikanan Malaysia, Bagan Lalang, pada 24 Oktober 2009 (Sabtu), 12.00 Tengah hari

Majlis tersebut dihadiri oleh Pengetua, Tuan Haji Abd Wahit Bin Takat bersama barisan pentadbiran sekolah dan wakil PIBG serta ahli-ahli KGK. Majlis berlangsung dalam suasana kekeluargaan dan keceriaan dengan tema merah.

Antara acara yang menarik ialah penyampaian hadiah untuk pemenang Pertandingan Membangunkan Halaman Blog , Pertandingan Penulisan Kreatif dan acara tradisi 'Cabutan Bertuah'.

Ahli-ahli KGK pulang dengan gembira membawa hadiah kemenangan dan kenangan, walau bagaimana pun yang tidak membawa apa-apa, kita hadir lagi di tahun hadapan. KGK mengucapkan terima kasih di atas sokongan, dorongan dan sumbangan semua pihak dalam menjayakan semua program KGK 2009.

Kepada ahli KGK yang tidak berkesempatan hadir atas arahan tugas dan masalah lain saya persembahkan sebahagian daripada persembahan 'Multimedia' peristiwa setahun kita di SMKTD

Video (1)

Video 2

Foto Majlis Jamuan Akhir Tahun 2009 akan menyusul kemudian.......

Isnin, 19 Oktober 2009

Jumaat, 16 Oktober 2009

HAPPY DEEPAVALLI 2009
TAHNIAH dan selamat menyambut perayaan Deepavalli kepada semua guru
dan murid keturunan India SMKTD. Jakikan Semangat 1 Malaysia untuk memartabatkan
sekolah kita dan perpaduan antara kita. Berjuanglah dengan semangat yang tinggi bagi
SPM dan STPM tahun 2009 ini.

Rabu, 14 Oktober 2009

PROGRAM BARNAMIJ LIL MUTAFAWWIQIN


*****************************************


PROGRAM BARNAMIJ LIL MUTAFAWWIQIN
TAHUN 2009/1430H


“Berilmu, Beramal,
& Bertaqwa
Jaminan Kecemerlangan”



TARIKH : 10 – 11 OKTOBER 2009
HARI : SABTU - AHAD
TEMPAT : HOTEL IMPIAN, MORIB



Perasmian oleh
TN. HJ. ABDUL TALIB BIN HAMID
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUALA LANGAT
SELANGOR DARUL EHSAN

*************************



MATLAMAT


Melahirkan insan Rabbani yang berkebolehan dan berkemahiran tinggi dalam bidang sains serta mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang mantap selaras dengan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia amnya dan Jabatan Pendidikan Islam khasnya.


OBJEKTIF



1. Pelajar dapat menguasai pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran dalam pelbagai situasi untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
2. Pelajar dapat memupuk ikatan ukhuwwah Islamiah sesama mereka, bekerjasama, saling menolong dan membantu antara mereka, seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
3. Pelajar akan lebih bermotivasi untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kejayaan yang cemerlang di dunia amnya dan ukhrawi khasnya.

JAWATAN KUASA PELAKSANA



Penasihat : Tn. Haji Abdul Wahid bin Takat
( Pengetua SMK Telok Datok)
Pengerusi : Pn. Hajjah Mariam binti Badar
( Penolong Kanan Kurikulum )
Setiausaha : Pn. Hajjah Mulia binti Ismail
(Guru Kanan Bidang Kemanusiaan)
En. Roseman bin Abdul Rahman
(Guru Kanan Bidang Bahasa)
Penolong Setiausaha : Pn Alizawati binti Mohd Shamsudin
Pn Hayati binti Thanawi
Bendahari : Puan Hajjah Halijah binti Jadi
Penyelaras Program : Tn. Haji Mohamad Ishak bin Mislan



JAWATANKUASA KECIL

PENDAFTARAN / SAMBUTAN
Puan Hajjah Zubaidah binti Abu Bakar
Puan Nur Amira binti Mohd Rashid

PENCERAMAH / PENGACARA
Ustaz Abdul Aziz bin Ismail
Puan Aznora binti Yuseh

KEM KOMANDAN
Ustaz Mohd Isa bin Sariat
Puan Hayati binti Thanawi



DOKUMENTASI
Cik Gayah Normahzura binti Khaizan
Cik Hidayah binti Abd Mutalib

SIJIL / CENDERAHATI
Puan Farah Hanis binti Mahmoodin
Cik Hidayah binti Abd Mutalib

DISIPLIN DAN KESELAMATAN
Encik Ramlan bin Osman
Encik Hasni bin Sulaiman
Puan Alizawati binti Mohd Shamsudin
Puan Hajjah Zubaidah binti Abu Bakar

BUKU PROGRAM
Cik Siti Fatimah binti Abdul
Puan Siti Mariani binti Rothi
*******************************************

Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”

(Surah Al-Ra’d : Ayat 11)


*******************************************



“Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”
(Surah Al-Najm: Ayat 11)


********************************************
FASILITATOR




MATEMATIK TAMBAHAN
Puan Rahmah binti Samuri
Puan Mai Zaiton binti Mior Sufti

KIMIA
Encik Salahuddin bin Hasan Jaba’ie
Puan Farah Hanis binti Mahmoodin

FIZIK
Puan Muniera Binti Yusoff
Encik Sallehuddin bin Samiran

BIOLOGI
Puan Ruhani binti Said
Puan Siti Nazura binti Mohd Diah

************************
PENGHARGAAN



PENGHARGAAN KEPADA :
Unit Kelas Aliran Agama (KAA)
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKTD (PIBG)
Persatuan Bekas Pelajar SMKTD (PERSADA)
Para Guru dan Pelajar SMKTD
Pihak Hotel Impian, Morib


**********************


Video Perjalanan Program


Koleksi 1




Koleksi 2





Koleksi3




Koleksi 4





.....Assalamualaikum….

.....Buat sesiapa sahaja yang melayari blog ini, sekalung ucapan terima kasih buat anda dan salam perkenalan kepada yang belum mengenali. Sekiranya yang menatap blog ini adalah kawan lama yang terpisah, mudah-mudahan blog ini menjadi penghubung semula ikatan ukhuwwah filLah di antara kita..Ahlan Wasahlan..

- SMK Telok Datok Terbilang 2010 -