Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud' Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama2 dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukannya didunia, namun pada masa yang sama dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang.Waktu perbicaraan diambil pahalanya ( simuflis) dan dibayar kepada mangsa2 tersebut dan sekiranya telah habis pahalanya diambil pula dosa2 mangsanya lalu dibebankan kepada simuflis, kemudian dia dihumbankan ke neraka ( Riwayat Abu Hurairah, n0 2581 ). Penjelasan baginda ini cukup menggerunkan hati2 orang yang tersemai iman didasarnya, mereka bimbang sekiranya terjerumus ke kancah muflis. Petikan dari ruangan Hadis oleh ustaz Syed Nurhisham dalam Majalah Solusi.