Isnin, 21 September 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua warga SMK Telok Datok. Buat semua guru, marilah kita sedekahkan keikhlasan untuk untuk kejayaan anak didik. Khas untuk semua pelajar SMKTD taatilah ibubapa, ikut nasihat dan tunjuk ajar guru serta berusaha gigih demi kejayaan. Khas untuk bekas pelajar, ibu bapa dan sesiapa yang mencintai SMKTD, marilah kita berganding bahu untuk mencemerlangkan dan menterbilangkan sekolah bestari ini.
Yang kurik itu kendi, berbudilah kepada sekolah;
Marilah kita pecahkan ruyung untuk menikmati sagunya; The best 'Team work'
comes from SMKTDians!
Yang kurik itu kendi, berbudilah kepada sekolah;
Marilah kita pecahkan ruyung untuk menikmati sagunya; The best 'Team work'
comes from SMKTDians!
Selasa, 8 September 2009
Ucapan Hari Raya
Jika dulu kita hantar ucapan Hari Raya menggunakan kad fizikal yang boleh dibeli dikedai dengan harga serendah 50sen(ada lagi ke? Klik Ruangan Salam AidilFitri di bawah Logo Sekolah untuk menghantar ucapan. TQ
Khamis, 27 Ogos 2009
Ramadhan Al-Mubarak
Selamat Berpuasa kepada semua warga kerja SMK Telok Datok. Jadikan Ramadhan ini bulan meningkatkan Ketakwaan. Tingkatkan lagi budaya kerja cemerlang dengan menjadikan tugas kita sebagai satu amanah Allah untuk menterbilangkan umat Islam. Gunakanlah ilmu secara terbaik, lahirkan murid-murid yang cemerlang dan beramal soleh; ikhlaslah dan jadikan usaha kita di sekolah sebagai sedekah.
Sabtu, 22 Ogos 2009
DOA MENUNTUT ILMU..
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan razeki yang bagus (baik).
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari ilmu
yang tidak bermanfaat, hati yangtidak khusyuk, doa yang
tidak di dengar (makhbul) dan amalan yang
tidak di naikkan (diterima).
Rabu, 5 Ogos 2009
Isnin, 27 Julai 2009
NAK JADI PELAJAR CEMERLANG.....
Untuk menjadi seorang pelajar yg cemerlang, apa yang perlu anda lakukan?ikutilah petua-petua dibawah ini..
PELAJAR CEMERLANG AKAN...Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri.. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebutMerangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

a) kita ingat 10% apayang dibaca
b) kita ingat 20% apa yang didengar
c) kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d) kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e) kita ingat 90% setelah dipraktikkan
1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan
1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan
2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)
3. Belajar dalam persekitaran kondusif
a) pastikan cahaya adalah terang
b) kurangkan gangguan bunyi
c) tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d) tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e) kerusi dan meja menghadap kiblat
f) janagan lupa untuk senyum
4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan
5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan
6. Tahu teknik merangsang memori:
a) memasukkan maklumat dalan memori ( registration )
b) menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )
c) mengingat kembali ( recall )
d) menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )
7. Sentiasa awal dan mendahului
a) persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru
b) pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
c) belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan
8. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru
10. Mempunyai teknik membaca yang betul
a) duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b) membrika tumpuan sepanuhnya
c) menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d) menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas
12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan
13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih
14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji
15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biologicl clock).
16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,
selepas baca al-quran / zikir selepas riadah dan selepas berdoa
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa 80% selepas belajar )
18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sbelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa
22. Tahu petua mengulang kaji
a) cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
b) siapkan semua ?Bekalan? Dengan sempurna
c) duduk tegak dikerusi yang selesa
d) baca doa penerang hati
e) baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
f) fikir dan ingat kembali isi utamag) catat / lakarh) semak semula ketepatan maklumati) ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
j) buat rumusank) jawab soalanl) tampal maklumat yang rumit di dindingm) baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23.Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa
a) jangan makan kepala ikan
b) jangan makan organ dalaman
c) jangan minum semasa makan
d) jangan minum atau makan makana yang tercemar oleh semut
e) jangan melihat kemaluan
f) jangan melihat buih
g) jangan membaca nama pada batu nisan
h) banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-laini) banyakkan makan kismis, kurma dan madu
j) banyakkan makan kekacang
k) pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
l) jangan makan sehingga terlalu kenyang
m) jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat
a) tampal nota-nota penting di dinding
b) tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
c) gunakan kaedah akronim
d) reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
e) pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar
a) mempunyai jadual belajar
b) patuh kepada jadual
c) buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar disaat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahjui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatka penyelesaian dari orang yang lebih arif
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa
31. Membawa nota kemana-mana sahaja ( kecuali ke tandas )
32. Pelbagaikan tempat belajar
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
a) taat kepada Allah
b) mendirikan sembahyang
c) menghormati kedua ibu bapa dan setiasa mendoakan mereka
d) hormati & sayangi guru
e) bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untukmencapai kecemerlangan
f) suka pada setiap mata pelajaran yang disukai
g) membantu rakan yang memerlukan
h) berdoa dan bersyukur kepada Allahi ) sentiasa bertawakal
j) mahir dalam setiap mata pelajaran
Sabtu, 18 Julai 2009
Warga SMK. Telok Datok
Video simple ini dihasilkan ketika berkursus di Berjaya Time Square Kuala Lumpur pada 15 - 17 julai 2009 bersama Hasni Sulaiman. istimewa untuk warga kerja SMKTD......teruskan dedikasi anda untuk kejayaan generasi akan datang.....
Khamis, 9 Julai 2009
Memori tahun 1960-an SMKTD
Terima kasih Tuan Haji Hamzah (Sawimah bt. Md Ali) dan keluarga di atas sumbangan gambar... Alumni PESADA.. kita akan teringat kembali nostalgia lalu yang penuh bermakna mewarnai sejarah dan riwayat SMKTD.
klik pada gambar untuk ke Memori SMKTD
Khamis, 2 Julai 2009
Pertandingan Memasak Peringkat Daerah Kuala Langat Tahun 2009
Pada 30 Jun 2009, bertempat di SMK Tanjung Sepat telah diadakan Pertandingan Memasak Peringkat Daerah bagi tahun 2009.
Peserta dari SMK Telok Datok ialah :
- Norsyuhadah binti Abdul Aziz
- Deborah a/p Tamil Chelvam
- Tan Sze Jing
Guru Pengiring ialah :
- Puan Norliza binti Jais
- Cik Nurhayati binti Hamzah
KEPUTUSAN:
JOHAN : SMK TG SEPAT
NAIB JOHAN : SMK TELOK PANGLIMA GARANG
KETIGA : SMK TELOK DATOK
Untuk mendapatkan resepi yang dihidangkan serta melihat gambar yang diambil sila
Sekian, terima kasih.
:)
Ahad, 21 Jun 2009
Selamat Hari Bapa
SELAMAT HARI BAPA
BUAT SEMUA BAPA-BAPA DI SMKTD
BUAT SEMUA BAPA-BAPA DI SMKTD
Bapa, ayah, abah, itulah panggilan keramat anak kepada lelaki yang mempunyai anak. Kehebatan ayah tiadalah tandingannya. Sebut saja ayah anak pasti berhati-hati. Ayah selalunya tegas dan penuh disiplin. Dalam banyak hal ayahlah kata pemutus.
Ayah juga jarang menunjukkan secara zahir sayangnya pada anak. Hakikatnya ayah amat sayang pada anak-anak. Kebanyakkan ayah tak banyak cakap tapi banyak tindakan. Ayah banyak mengajar anak-anak dengan perbuatan dan gerak geri. Ayah juga banyak guna bahasa badan, sehingga anak membuat telahan sendiri. Anak-anak kalau bercakap dengan ayah terlalu berhati-hati. Kadang-kadang takut kadang-kadang tidak.
Itulah kebanyakan lelaki yang bergelar ayah! Sempena Hari Bapa, hadiahkanlah sesuatu untuk ayah. Beraksilah dipentas kehidupan dengan aksi-aksi yang tidak mengecewakan ayah dan ibu kita.
*credit to Bicara Anak - planet-fahmi.com
Jumaat, 19 Jun 2009
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA
Untuk Lepasan SPM / STPM dan Setaraf 2008 boleh membuat semakan keputusan di pautan yang disediakan. Bagi Kemasukan Sesi Akademik 2009/2010 Ke IPTA.
.
Bagi Lepasan STPM 2008 ke (IPTA)
- Klik Sini Untuk Semakan
- Klik Sini Untuk Diploma Pendidikan
.
Bagi Semakan ke UUM - (Universiti Utara M'sia)
- Semakan Untuk Lepasan SPM
- Semakan Untuk Lepasan STPM
- Semakan Untuk Diploma Pendidikan
.
Bagi Semakan ke UTM - (Universiti Teknologi M'sia)
- Semakan Untuk Lepasan SPM
- Semakan Untuk Lepasan STPM
- Semakan Untuk Diploma Pendidikan
.
Tahniah kepada yang berjaya.

Khamis, 18 Jun 2009
10 Langkah mewujudkan keyakinan DIRI
Berikut merupakan 10 langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:
#Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.
#Orang lain boleh buat, Kenapa anda tidak boleh buat?
#Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
#Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif
#Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
#Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
#Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.
#Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
#Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
#Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.
INSYALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA!SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIAINSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSIDAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA!

Rabu, 17 Jun 2009
Jadual Waktu
Makluman kepada warga SMK Telok Datok sesi pagi
Jadual Waktu telah di edarkan kepada semua guru sesi pagi dan setiap kelas pada hari ini. Perubahan Jadual ini akan berkuatkuasa pada hari Khamis 18.6.2009.
Diharapkan semua guru dan kelas sudah menerima jadual masing-masing. Sebarang pindaan boleh di kemukakan kepada Guru Penolong Kanan Kurikulum , Pn Hjh Mariam bt Hj Badar.

Sabtu, 30 Mei 2009
katakanlah
mungkin kerana kita leka... sekali pena terlepas dari genggaman, ucapan 'oppss' mendahului YA ALLAH, bila perut kenyang, 'haa...kenyangnya' mengatasi ALHAMDULILLAH, bila terpegun dengan keindahan alam, SUBHANALLAH ditutup oleh 'cantiknya', bila dikunjungi berita malang, 'kasihannya' terucap kerana kita lupa pada INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUUN, kadangkala kita lupa kerana kita terbiasa... tp ingatlah agar bila Izrail mendekati kita, biarlah ucapan LAILAHAILLALLAH menjadi juara mengatasi segala kata2..
Khamis, 28 Mei 2009
Cara Penggunaan Email Sekolah
Untuk memudahkan urusan para guru yang tidak mempunyai emel sendiri atau tidak pernah memiliki sebarang akaun emel. Pihak SMK Telok Datok telah menyediakan satu domain khas untuk sekolah dan turut diserta sekali dengan akaun emel yang akan digunakan khas untuk pentadbiran, guru-guru dan kakitangan SMK Telok Datok. Diharap emel ini dapat dimanfaatkan oleh semua untuk urusan seharian.
...
Alamat Emel : namaanda@smktd.edu.my - ( Contoh : zahari@smktd.edu.my )
Password : ***** - ( berhubung dgn Cg Halim & Cg Zahari untuk dptkan kata laluan )
...
Alamat Emel : namaanda@smktd.edu.my - ( Contoh : zahari@smktd.edu.my )
Password : ***** - ( berhubung dgn Cg Halim & Cg Zahari untuk dptkan kata laluan )
Dibawah ini diterangkan serba sedikit cara-cara untuk menggunakan emel sekolah.
Langkah 1
Rabu, 27 Mei 2009
Pengumuman Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Kepada guru-guru yang berminat menghantar bahan pengajaran dan pembelajaran (Power Point) untuk bulan Mei sila hantar ke alamat berikut zaharismktd@gmail.com atau zahari@smktd.edu.my . Kerja-kerja penambahbaikan akan bermula pada 1 June hingga 5 June. Penghantaran 'by hand' sila serahkan sebelum jumaat 29 Mei 2009 , 6.20 petang. Penghantaran melalui 'email' pada atau selewat-lewatnya 1 June 2009. Penghantaran selepas tarikh yang dinyatakan akan diurus penambaikannya pada awal Julai 2009. Bersama-sama kita menambahkan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk menyediakan modal insan akan datang.
.
wassalam
.
wassalam
Sabtu, 23 Mei 2009
Doa Untuk Pelajar
Amalan Ketika Hendak Belajar
Maksudnya:
Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, Dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah adalah Maha Besar, Dan tiadalah daya dan tiadalah kekuatan melainkan dengan (daya dan kekuatan) Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar; Menurut bilangan setiap huruf yang telah ditulis (manusia) atau yang akan ditulis, terus menerus selama berkekalan abad dan berterusannya masa; wahai Tuhan Semesta Alam.
Maksudnya: Ya Allah! bukakanlah kepadaku hikmah
(ilmu kebijaksanaan) Engkau; dan kembangkanlah kepada ku rahmat
Maksudnya: Ya Allah! bukakanlah kepadaku hikmah
(belas kasihan) Engkau; Wahai Tuhan Yang Memilikki Segala Kebesaran dan Kemuliaan!
Maksudnya: Wahai Tuhan, lapangkanlah untukku dadak
u. Dan permudahkanlah untukku urusanku.Dan lepaskanlah kegagapan lidahku, agar mereke mengerti perkataaanku!
Maksudnya: Aku telah beriman kepada Allah, T
uhan Yang Maha Esa lagi Maha Tunggal, Yang Maha Hidup dan tiada sekutu bagi-Nya.
Maksudnya: (Maka kami [Allah] telah memberi pengertian kepada Nabi Sulaiman, mengenai hukum [yang lebih tepat]; dan kepada masing-masing mereka Kami telah berikan hikmah dan ilmu. Dan Kami mudahkan gunung-gunung dan burung, semua bertasbih bersama Nabi Daud dan adalah Kami [kuasa] berbuat [demikian].)
Maksudnya: Ya Tuhan Yang Maha
Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri, Ya Tuhan bagi Nabi Musa dan Harun, Tuhan bagi Nabi Nuh, Ibrahim, Isa dan Muhammad s..a.w. Muliakan aku dengan memperolehi kebagusan menghafal (mengingati) dan kecepatan memahami. Dan berikanlah akau hikmah (rahsia segala sesuatu) dan pengenalan ilmu, juga ketetapan hati, akal dan kesantunan. Wahai Tuhan semesta alam.
uhan Yang Maha Esa lagi Maha Tunggal, Yang Maha Hidup dan tiada sekutu bagi-Nya.Maksudnya: (Maka kami [Allah] telah memberi pengertian kepada Nabi Sulaiman, mengenai hukum [yang lebih tepat]; dan kepada masing-masing mereka Kami telah berikan hikmah dan ilmu. Dan Kami mudahkan gunung-gunung dan burung, semua bertasbih bersama Nabi Daud dan adalah Kami [kuasa] berbuat [demikian].)
Maksudnya: Ya Tuhan Yang Maha
Adab Penuntut Ilmu
Para pelajar yang dikasihi,
Jika ada banyak keperluan dalam hidup kita, maka ilmu menjadi keperluan utama dalam hidup. Ilmu adalah bekalan yang paling penting. Ilmu menukarkan seseorang yang miskin dan hina menjadi insan yang mulia. Oleh itu, ilmu perlu dicari. Ia tidak akan datang sendiri. Ketika menuntut ilmu, jagalah adap-adapnya. Antara adab yany perlu dijaga oleh seorang penuntut ilmu ialah:
Pertama - Betulkan niat atau tujuan belajar kita. Seharusnya niat kita belajar adalah untuk mendapatkan ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmu nanti, kita mendapat kebaikan dan manfaat. Dengan ilmu juga kita dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Kedua - Memuliakan guru. Anggaplah guru sebagai insan yang penting sebagaimana pentingnya ibu bapa kita. Guru adalah insan yang banyak berjaya dalam hidup kita. Penuntut ilmu harus selalu berlapang dada dan bersedia menerima pengajaran daripada seorang guru. Jangan sesekali mengumpat atau mencela guru.
Ketiga - Mengeluarkan diri kita dari kejahilan dan membantu orang lain keluar dari kejahilan mereka. Manusia pada asalnya jahil dan tidak tahu apa-apa pun. Melalui pembelajaran, manusia mendapat ilmu pengetahuan. Kemudiannya dia menyampaikan ilmu kepada orang lain pula. Ilmu itu akan terus bersambung dari satu generasi kepada satu generasi seperti yang digalakkan oleh Rasulullah. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sampaikan dariku walaupun cuma satu ayat" (HR:Bukhari)
Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Para muridnya bertanya: Para muridnya bertanya: Apakah maksud tuan? Beliau menjawab: Apabila ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain.
Keempat - Mengamalkan ilmu yang dipelajari. Kajian mendapati orang yang mengamalkan ilmu yang telah dipelajari lebih mengingati dan memahaminya serta mendapat lebih manfaat dari ilmu tersebut. Ada perumpamaan yang mengatakan, orang yang memilikki ilmu seolah-olah memilikki senjata atau pedang. Apalah ertinya senjata itu jika tidak digunakan.
Kelima- Mencari kebenaran. Maksudnya, setiap ilmu yang diterima harus diselidik kebenarannya. Dalam mencari kebenaran kita harus sabar dan tidak tergesa-gesa. Jangan cepat merasa bosan dan keluh kesah semasa mencari ilmu. Walau sesukar mana sesuatu pelajaran itu, jika terus berusaha memahaminya melalui pelbagai cara tentu akan berhasil akhirnya.
Para pelajar yang dikasihi sekalian,
Jaga adab dalam menuntut ilmu. Jangan menjadi orang yang sombong dengan merasa dirinya sudah pandai. Jangan menjauhkan diri dari orang yang berilmu kerana perbuatan itu seolah-olah lari dari ilmu. Tuntutlah seberapa banyak ilmu kerana ilmu yang bermanfaat dan dimanfaatkan akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.
Sumber: SPIM, Jabatan Pelajaran Selangor

Jumaat, 22 Mei 2009
Fail PATS Tingkatan 2, 3 dan 5
Kepada semua guru .
Harap jalankan PATS seperti yang telah dikursuskan
Kepada guru tingkatan,
Harap serahkan fail PATS kelas cikgu kepada kaunselor sebelum cuti sekolah. Didalam fail ini mesti ada graf pencapaian dan keputusan murid secara individu.
Kepada kaunselor,
Harap kumpulkan fail PATS dan di letakkan di tempat yang sesuai ( almari ) bukan dalam kotak.
Segala kerjasama tuan/puan saya ucapkan terima kasih.

Langgan:
Catatan (Atom)
.....Assalamualaikum….
.....Buat sesiapa sahaja yang melayari blog ini, sekalung ucapan terima kasih buat anda dan salam perkenalan kepada yang belum mengenali. Sekiranya yang menatap blog ini adalah kawan lama yang terpisah, mudah-mudahan blog ini menjadi penghubung semula ikatan ukhuwwah filLah di antara kita..Ahlan Wasahlan..
- SMK Telok Datok Terbilang 2010 -