Memaparkan catatan dengan label Hari Guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Guru. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Mei 2009

Lagu Tema Hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Untuk Muat Turun Lagu :
(Klik Kanan di Pautan - Save Target As)

Selamat Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Berikut adalah Logo Hari Guru Tahun 2009 yang membawa maksud :

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru SMK Telok Datok khususnya dan tidak dilupakan juga kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia. Tidak kira dimana cikgu berada. Semoga cikgu-cikgu terus sukses mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti jemu. Sesungguhnya amat besar pengorbananmu demi mendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Terima Kasih Cikgu.!

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah akan diadakan pada Hari Isnin, 18 Mei 2009. Diharap hari bermakna ini dapat kita manfaatkan bersama. Selamat Hari Guru Cikgu.!

Klik sini untuk membaca Ucapan Hari Guru Buat Guru-Guru SMK Telok Datok.

Terima Kasih Cikgu




.....Assalamualaikum….

.....Buat sesiapa sahaja yang melayari blog ini, sekalung ucapan terima kasih buat anda dan salam perkenalan kepada yang belum mengenali. Sekiranya yang menatap blog ini adalah kawan lama yang terpisah, mudah-mudahan blog ini menjadi penghubung semula ikatan ukhuwwah filLah di antara kita..Ahlan Wasahlan..

- SMK Telok Datok Terbilang 2010 -