Sabtu, 30 Mei 2009
katakanlah
Khamis, 28 Mei 2009
Cara Penggunaan Email Sekolah
...
Alamat Emel : namaanda@smktd.edu.my - ( Contoh : zahari@smktd.edu.my )
Password : ***** - ( berhubung dgn Cg Halim & Cg Zahari untuk dptkan kata laluan )
Rabu, 27 Mei 2009
Pengumuman Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
.
wassalam
Sabtu, 23 Mei 2009
Doa Untuk Pelajar
Maksudnya: Ya Allah! bukakanlah kepadaku hikmah (ilmu kebijaksanaan) Engkau; dan kembangkanlah kepada ku rahmat
Maksudnya: (Maka kami [Allah] telah memberi pengertian kepada Nabi Sulaiman, mengenai hukum [yang lebih tepat]; dan kepada masing-masing mereka Kami telah berikan hikmah dan ilmu. Dan Kami mudahkan gunung-gunung dan burung, semua bertasbih bersama Nabi Daud dan adalah Kami [kuasa] berbuat [demikian].)
Maksudnya: Ya Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri, Ya Tuhan bagi Nabi Musa dan Harun, Tuhan bagi Nabi Nuh, Ibrahim, Isa dan Muhammad s..a.w. Muliakan aku dengan memperolehi kebagusan menghafal (mengingati) dan kecepatan memahami. Dan berikanlah akau hikmah (rahsia segala sesuatu) dan pengenalan ilmu, juga ketetapan hati, akal dan kesantunan. Wahai Tuhan semesta alam.
Adab Penuntut Ilmu
Jika ada banyak keperluan dalam hidup kita, maka ilmu menjadi keperluan utama dalam hidup. Ilmu adalah bekalan yang paling penting. Ilmu menukarkan seseorang yang miskin dan hina menjadi insan yang mulia. Oleh itu, ilmu perlu dicari. Ia tidak akan datang sendiri. Ketika menuntut ilmu, jagalah adap-adapnya. Antara adab yany perlu dijaga oleh seorang penuntut ilmu ialah:
Pertama - Betulkan niat atau tujuan belajar kita. Seharusnya niat kita belajar adalah untuk mendapatkan ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmu nanti, kita mendapat kebaikan dan manfaat. Dengan ilmu juga kita dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Kedua - Memuliakan guru. Anggaplah guru sebagai insan yang penting sebagaimana pentingnya ibu bapa kita. Guru adalah insan yang banyak berjaya dalam hidup kita. Penuntut ilmu harus selalu berlapang dada dan bersedia menerima pengajaran daripada seorang guru. Jangan sesekali mengumpat atau mencela guru.
Ketiga - Mengeluarkan diri kita dari kejahilan dan membantu orang lain keluar dari kejahilan mereka. Manusia pada asalnya jahil dan tidak tahu apa-apa pun. Melalui pembelajaran, manusia mendapat ilmu pengetahuan. Kemudiannya dia menyampaikan ilmu kepada orang lain pula. Ilmu itu akan terus bersambung dari satu generasi kepada satu generasi seperti yang digalakkan oleh Rasulullah. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sampaikan dariku walaupun cuma satu ayat" (HR:Bukhari)
Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Para muridnya bertanya: Para muridnya bertanya: Apakah maksud tuan? Beliau menjawab: Apabila ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain.
Keempat - Mengamalkan ilmu yang dipelajari. Kajian mendapati orang yang mengamalkan ilmu yang telah dipelajari lebih mengingati dan memahaminya serta mendapat lebih manfaat dari ilmu tersebut. Ada perumpamaan yang mengatakan, orang yang memilikki ilmu seolah-olah memilikki senjata atau pedang. Apalah ertinya senjata itu jika tidak digunakan.
Kelima- Mencari kebenaran. Maksudnya, setiap ilmu yang diterima harus diselidik kebenarannya. Dalam mencari kebenaran kita harus sabar dan tidak tergesa-gesa. Jangan cepat merasa bosan dan keluh kesah semasa mencari ilmu. Walau sesukar mana sesuatu pelajaran itu, jika terus berusaha memahaminya melalui pelbagai cara tentu akan berhasil akhirnya.
Para pelajar yang dikasihi sekalian,
Jaga adab dalam menuntut ilmu. Jangan menjadi orang yang sombong dengan merasa dirinya sudah pandai. Jangan menjauhkan diri dari orang yang berilmu kerana perbuatan itu seolah-olah lari dari ilmu. Tuntutlah seberapa banyak ilmu kerana ilmu yang bermanfaat dan dimanfaatkan akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.
Sumber: SPIM, Jabatan Pelajaran Selangor
Jumaat, 22 Mei 2009
Fail PATS Tingkatan 2, 3 dan 5
Harap jalankan PATS seperti yang telah dikursuskan
Kepada guru tingkatan,
Harap serahkan fail PATS kelas cikgu kepada kaunselor sebelum cuti sekolah. Didalam fail ini mesti ada graf pencapaian dan keputusan murid secara individu.
Kepada kaunselor,
Harap kumpulkan fail PATS dan di letakkan di tempat yang sesuai ( almari ) bukan dalam kotak.
Segala kerjasama tuan/puan saya ucapkan terima kasih.
Sabtu, 16 Mei 2009
Lagu Tema Hari Guru 2009
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Selamat Hari Guru
Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.
"Guru Pembina Negara Bangsa"
Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru SMK Telok Datok khususnya dan tidak dilupakan juga kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia. Tidak kira dimana cikgu berada. Semoga cikgu-cikgu terus sukses mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti jemu. Sesungguhnya amat besar pengorbananmu demi mendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Terima Kasih Cikgu.!
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah akan diadakan pada Hari Isnin, 18 Mei 2009. Diharap hari bermakna ini dapat kita manfaatkan bersama. Selamat Hari Guru Cikgu.!
Klik sini untuk membaca Ucapan Hari Guru Buat Guru-Guru SMK Telok Datok.
Isnin, 11 Mei 2009
Perkembangan Staf - EduWebTV
Selamat Bersara..
.....Assalamualaikum….
.....Buat sesiapa sahaja yang melayari blog ini, sekalung ucapan terima kasih buat anda dan salam perkenalan kepada yang belum mengenali. Sekiranya yang menatap blog ini adalah kawan lama yang terpisah, mudah-mudahan blog ini menjadi penghubung semula ikatan ukhuwwah filLah di antara kita..Ahlan Wasahlan..
- SMK Telok Datok Terbilang 2010 -