Sabtu, 16 Julai 2011

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH 2011..

TARIKH : 30 JUN 2011/28 REJAB 1432H (KHAMIS)

MASA : 9.00 PAGI

PERASMI : YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI MAHMUD KARIM

TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN SELANGOR

TURUT HADIR : MOHD SALLEH MOHD KASSIM

KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH, JPN SELANGOR

TOKOH GURU : TOKOH GURU DAERAH KUALA LANGAT 2011

1. 1. HAJAH CHE MUNING MOHD TUSOFF A.M.N
2. 2. HAJI MOHD YUSOF SANIB P.J.K
3. 3. KHOO SAW HONG(SALLY JACOB)
4. 4. MUNIANDY A/L RAMASAMY
5. 5. HAJI RAMLAN HAMZAH

AZMI MOHAMAD ALI-GURU GEMILANG (ANUGERAH KHAS)

RAMALA ABU BAKAR – GURU GEMILANG KURIKULUM

MOHAMED HANAFI WAHAB – GURU GEMILANG KOKURIKULUM

NUR HIDAYAH MOHD YUSUF CHONG – GURU INOVATIF SEK. MENENGAH

SITI ZUHANA SUNGIP – GURU INOVATIF PRASEKOLAH

AZIZ KEDOL – GURU PEMIMPIN DALAM ICT

ZAHARI RUSDI – GURU DALAM ICT

Khamis, 7 Julai 2011

Program Larian 1murid, 1sukan, 1 Malaysia ... 2 Julai 2011


Acara Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia telah berjaya diadakan di seluruh negara pada 2 Julai 2011. SMK. Telok Datok tidak terkecuali menyahut cabaran tersebut.

Pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Wahid Bin Takat, Pengetua SMK. Telok Datok.

Bermula dengan larian sejauh kira-kira 2 km dari padang sekolah mengelilingi Taman Seri dan kembali ke SMKTD. Pihak sekolah sangat berpuas hati dengan kerjasama dan persepaduan di antara warga SMKTD dalam menjayakan acara tersebut.

Selepas larian tersebut, warga SMKTD meneruskannya dengan pertandingan sukan melibatkan semua acara sukan seperti Futsal, tarik tali, bola keranjang, bola jaring, bola tampar dan petaque. Kelas-kelas yang telah berjaya memenangi acara-acara tersebut diucapkan tahniah, sementara kelas yang tidak berjaya juga diucapkan setinggi tahniah kerana keterlibatan anda sangat bermakna dalam membina erti sebuah negara yang bersatu padu dan berwibawa dengan integriti tersendiri.

Oleh kerana gambar kenangan tersebut terlalu banyak untuk dipaparkan di ruangan ini, pihak admin suluhpenghidupan memaparkannya menggunakan photo story 3 .... harap warga SMKTD gembira dengan penghasilannya....






Sabtu, 25 Jun 2011

Hari Interaksi Intelek 2011


Semarakkan kerjasama untuk memajukan modal insan SMKTD

Hari Interaksi Intelek
24 Jun 2011

Terima kasih kepada seluruh warga SMKTD yang telah berjaya melaksanakan program tersebut

Isnin, 30 Mei 2011

Kenangan Hari Guru 2011

Kenangan Sambutan Hari Guru 2011, Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara ..... koleksi seterusnya sedang dikumpul....gambar-gambar ini dikumpulkan daripada fb rakan-rakan..... untuk gambar statik klik di sini

Rabu, 25 Mei 2011

Guru SMK Telok Datok menerima anugerah sempena Hari Guru

Sambutan Hari Guru 2011 peringkat negeri Selangor telah diadakan pada 23 Mei 2011, di Dewan Besar, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam.  Sempena sambutan tersebut, salah seorang guru SMK Telok Datok ialah Dr Ghazali L:ateh telah dipilih sebagai pemenang tempat pertama peraduan menulis cerita kanak-kanak sempena Hari Guru kategori guru.  Selain itu, salah seorang murid SMK Telok Datok, Muhamad Luqman bin Asnawar telah memenangi tempat ketiga peraduan tersebut dalam kategori menengah rendah.
Pemangku Pengarah Pelajaran Negeri, Tuan Haji Mahmud  telah menyempurnakan penyampaian hadiah tersebut.

Sabtu, 14 Mei 2011

PERUTUSAN HARI GURU 2011

MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40

“GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan
Salam 1Malaysia.

Pendahuluan

Tanggal 16 Mei setiap tahun seluruh negara akan meraikan Hari Guru sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan kaum guru. Justeru, marilah kita semua bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita dapat menyambut Hari Guru kali ke-40 pada tahun ini.

”Selamat Hari Guru” dan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan terhadap komitmen, keikhlasan, dedikasi dan prestasi tinggi para guru kepada bangsa dan negara. Memperingati hari besar untuk guru membolehkan kita mengenal dan mengakui jasa guru tiada tolok tandingnya.

Pemilihan tema Hari Guru tahun ini iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” pada saya amat tepat kerana guru merupakan pemangkin dan penjana kepada transformasi negara, kerana daripada gurulah anak-anak kita mula mengenali dan mempelajari erti kehidupan.

Tanpa guru maka tidak adalah pendidikan. Sentuhan profesional yang bermartabat, penuh tanggungjawab dan berkualiti membolehkan anakanak bangsa menerima proses pembelajaran yang terbaik dan bermutu. Pelaburan segala ilmu pengetahuan, keperibadian, jati diri serta budaya Malaysia oleh warga guru telah memungkinkan kemakmuran negara dapat dikecapi, malahan tanpa guru yang mengajar kita bertatih mengenal A, B, C, tidak akan mungkin kita boleh membaca, menulis dan mengira sekarang.

Prestasi, keteladanan dan kepeloporan para guru yang telah ditunjukkan sejak sebelum merdeka sehingga kini merupakan semangat dan tradisi perjuangan yang perlu terus diabadikan dalam diri guru. Cetusan semangat perjuangan ini sememangnya penentu harapan masa depan negara dan tidak berlebihan jika dikatakan transformasi negara adalah dipertaruhkan kepada mereka yang bergelar sebagai guru.

Apabila kita mengenang semula sejarah, nilai-nilai kemuliaan guru boleh kita imbasi dengan cerita seorang wanita bernama Hajjah Zainon binti Munshi Sulaiman. Kejayaan yang dicapai dalam pendidikan telah dikongsi dengan masyarakat. Beliau mempunyai kesedaran yang sangat tinggi untuk menjadikan masyarakat pandai membaca dan menulis, kerana ilmu merupakan kunci dalam membentuk jati diri. Menyedari pentingnya ilmu, maka Zainon yang kita lebih kenali sebagai Ibu Zain telah menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan.

Usaha Ibu Zain meningkatkan pendidikan anak bangsa diteruskan apabila beliau mengasaskan sekolah agama petang, yang juga merupakan sekolah agama perempuan pertama di Johor. Jasa Ibu Zain tambah bermakna selepas pendudukan Jepun di bumi Malaya. Beliau menjalankan kegiatan dakwah bagi membantu memulihkan akhlak golongan wanita yang terpengaruh dengan tentera Jepun, selain membantu memulihkan semangat mereka yang dianiaya oleh mereka.

Dalam usaha mencapai kemerdekaan negara, Ibu Zain telah mencurahkan setia bakti demi sebuah kemerdekaan. Tanpa usaha gigih seorang guru seperti Ibu Zain pasti kemerdekaan sukar dicapai. Usaha-usaha pembaharuan yang dilakukan oleh Allahyarhamah Tan Sri Hajjah Zainon binti Munshi Sulaiman dengan ini menunjukkan guru berperanan penting dalam pembangunan negara. Sesungguhnya, guru menjana pemikiran untuk mengubah nasib bangsa melalui pendidikan.

Kini, matlamat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 juga amat bergantung kepada keupayaan dan kesungguhan warga pendidik dalam menyedia dan menyampaikan pendidikan berkualiti. Tugas guru adalah untuk melaksanakan amanah dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab. Guru perlu melaksanakan tugas dengan bersungguhsungguh, jujur dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa supaya menjadi insan sempurna peribadi. Saya yakin, semua guru sentiasa berusaha ke arah memberi pendidikan yang terbaik bagi memenuhi keperluan dan permintaan ibu bapa serta murid-murid.

Berpaksi kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pembangunan modal insan secara holistik melalui sistem pendidikan yang terancang mampu untuk memacu dan mencipta kejayaan negara pada peringkat global. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merencanakan pelbagai dasar dan program dalam mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara. Transformasi pendidikan perlu dilaksanakan agar terus relevan dengan keperluan negara dan antarabangsa. Melalui transformasi ini, hasrat dan aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara maju dengan rakyat berkemahiran tinggi mengikut acuan sendiri yang seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan dapat direalisasikan.

Transformasi sistem pendidikan dilakukan dengan memberi tumpuan kepada pelaksanaan dan keupayaan penyampaian agar relevan dengan tuntutan semasa. Saya amat berharap guru menjadi penyambut utama dan melaksanakannya dengan bijaksana. Dalam konteks ini, kualiti guru perlu terus dipertingkatkan terutama aspek pengetahuan dan kemahiran. Usaha berterusan amat wajar demi meningkatkan lagi kompetensi guru sebagai pelaksana utama kepada transformasi pendidikan negara.

Semua warga pendidik telah sedia maklum dengan ungkapan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang merupakan teras kepada reformasi kepada cara kita bekerja. Menyedari pentingnya pendidikan kepada rakyat, maka Pendidikan telah dijadikan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara. Kejayaan NKRA pada tahun lepas, sememangnya amat membanggakan KPM. Peningkatan jumlah murid dalam mengikuti Pendidikan Prasekolah, pencapaian dalam literasi dan numerasi (LINUS) yang memberansangkan, bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang bertambah dan bilangan Guru Besar yang mendapat insentif di luar jangkaan iaitu sebanyak 7 peratus serta pelaksanaan Program Pembangunan Sekolah (SIP) yang telah berjaya menurunkan bilangan sekolah dalam Band 6 dan Band 7, menunjukkan betapa hebatnya guru-guru di Malaysia ini.

Syabas dan tahniah, saya ucapkan kepada semua Pengetua, Guru Besar dan guru-guru yang telah bekerja keras memastikan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mencapai sasaran yang ditetapkan. Sebenarnya kejayaan NKRA ini, adalah kejayaan kita semua di mana hasil kerja keras semua pihak terbabit. Semoga usaha ini akan diteruskan lagi untuk pencapaian akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pendidikan bermatlamat untuk membina dan membangunkan potensi setiap murid tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Matlamat ini bertepatan dengan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam memupuk bibit-bibit perpaduan anak bangsa sejak berada di bangku sekolah lagi. Sekolah merupakan tempat kanak-kanak bersemuka dengan rakan-rakan tanpa mengira perbezaan warna kulit.

Oleh itu, saya menaruh penuh keyakinan bahawa guru mampu menjana, menyemai dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum sebaik mungkin.

Kita semua tidak dapat menafikan bahawa perubahan terus berlaku dan pengaruh kuasa luar amat mencabar. Kesan globalisasi dan perkembangan ICT menuntut semua warga pendidik berusaha gigih bagi menghasilkan anak didik yang benar-benar berilmu, berakhlak mulia, mempunyai jati diri, dan mampu bersaing pada peringkat nasional mahupun global. Guru memainkan peranan yang utama dalam usaha melahirkan modal insan yang berilmu, kreatif, inovatif dan berketerampilan. Guru perlu menjadi pemain utama dalam menjana Model Baru Ekonomi bagi melahirkan rakyat yang berpendapatan tinggi.

Saya amat berharap guru dan murid perlu sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk bersama-sama menjana transformasi dalam membangunkan pendidikan negara. Ingatlah bahawa peranan guru sentiasa dinilai oleh masyarakat. Guru perlu memelihara akhlak dan budi pekerti supaya guru terus dihormati dan menjadi suri teladan kepada anak didik dan masyarakat. Berkhidmatlah dengan penuh ikhlas. Teruslah berjuang kerana guru penjana Transformasi Pendidikan Negara. Sesungguhnya Malaysia amat memerlukan khidmat bakti para guru. Murid-murid sayangilah guru anda, mereka umpama ibu dan ayah.

Kepada semua guru, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa yang telah tuan/puan sumbangkan. Jasa dan pengorbanan ini akan terpahat dalam ingatan dan akan tetap dikenang sepanjang hayat.

“Selamat Menyambut Hari Guru”.

“Terima kasih cikgu”.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalam mualaikum warah matullahi wabarakatuh.

Kementerian Pelajaran Malaysia
Putrajaya
10 Mei, 2011

Rabu, 4 Mei 2011

MAJLIS CITRA GEMILANG 2011


MAJLIS CITRA GEMILANG
Majlis telah dirasmikan oleh Ybh. Dato' Haji Sulaiman bin Mohd. Karli, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat, pada hari Jumaat, 29 April 2011, bertempat di Dewan Utama SMK. Telok Datok

Majlis telah berlangsung dalam suasana yang berwarna warni. Ucapan-ucapan yang bersemangat telah disampaikan kepada para pelajar dan ibu bapa yang hadir, semoga terus berusaha menjadi modal insan yang berjaya agar dapat menyumbang bakti kepada keutuhan bangsa dan negara.


LAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN DARI PHLIPINA KE SMKTD

Lawatan Pegawai Pelajaran Filipina ke SMK. Telok Datok, pada hari Jumaat, 29 April 2011. Lawatan tersebut dianggotai oleh DR LOLITA ANDRADA dan DR ETHEL AGNES P. VALENZUELA bersama Pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tujuan lawatan adalah untuk meninjau sistem pengurusan pendidikan negara secara am dan kelengkapan yang disediakan oleh SMKTD kepada warganya secara khusus.

Isnin, 28 Mac 2011

Jumaat, 25 Mac 2011

SESI KHIDMAT NASIHAT DI BILIK KAUNSELING SMKTD







Cikgu Ramlan dan Cikgu Aznora sedia memberi khidmat nasihat kepada bekas pelajar SPM 2010

Isnin, 21 Februari 2011

KEPUTUSAN STPM 2010

TARIKH : 21 FEBRUARI
TEMPAT : DEWAN SMKTD
KEPUTUSAN : 98.9 % LULUS

Tahniah untuk barisan tenaga pengajar Tingkatan Enam. Keputusan tahun ini meningkat dan diharapkan kecemerlangan ini akan berterusan.


Penolong Kanan Tingkatan Enam masuk ke dewan



Pengagihan slip keputusan di Dewan SMKTD




Ckgu Faizah bersama Nur Anis dan Siti Zatul




Cikgu Rafiah bersama Nurhawa dan Amira





Tn Hj Kamaruddin , Penolong Kanan Tingkatan Enam : Fuhh, lega.



Kepada pelajar-pelajar STPM 2010, sekalung tahniah cikgu ucapkan. Semuga anda semua meningkatkan usaha dan kecemerlangan di menara gading nanti.









Dua orang pelajar berjaya mendapat 4A (4.00). Sekali lagi tahniah dari cikgu.


Kay Huck Kian : 4A



Teoh Yoke Peng : 4A (4.00)



Semuga SMKTD terus maju.

Khamis, 27 Januari 2011

SULUH MINDA



  • Suluh Penghidupan sedang menguruskan laman yang bertajuk SULUH MINDA
  • Untuk tujuan tersebut sumbangan artikel yang boleh menjana minda amat diperlukan
  • Harapan ini ditujukan kepada Bidang Bahasa, Bidang Sains dan Matematik, Bidang Kemanusiaan, Bidang Teknik dan Vokasional dan Pengurusan PRAUNIVERSITI
  • Ahli-ahli PIBG, PESADA (Alumni SMKTD), individu prihatin, dan sesiapa sahaja yang sudi menyumbang artikel
  • Syarat-syarat artikel

    Jenis Artikel
  • Akademik
  • Kemanusiaan
  • Disiplin
  • Sain dan Teknologi
  • Agama
  • Sosial
  • Perkembangan semasa
  • Dan lain-lain lagi
Syarat-syarat lain
  • Segala artikel yang disumbangkan adalah dianggap fisabilillah (tanpa bayaran) untuk kebaikan warga SMKTD khasnya dan Warga dunia sejagat amnya
  • Segala artikel hendaklah dihantar kepada email berikut zaharismktd@gmail.com
  • Boleh juga dalam bentuk soft copy dengan penyerahan tangan kepada Cikgu Zahari Rusdi (webmaster suluhpenghidupan)
  • Dialu-alukan jika disertakan gambar pengarang, supaya artikel tersebut lebih menarik
Segala sumbangan anda akan menjadi khazanah untuk modal insan yang dikeluarkan oleh SMKTD yang tercinta

Jutaan penghargaan didahulukan dari suluhpenghidupan

untuk rujukan sila layari URL berikut

Isnin, 24 Januari 2011

PERSARAAN PUAN HAJAH MISARAH BT. HAJI ABD.RAHMAN

  • Puan Hajah Misarah Bt Haji Abdul Rahman akan bersara wajib pada 5 hb Februari 2011

  • Sambutan persaraan beliau akan di buat pada 27 Januari 2011.

  • Sambutan dibuat pada tarikh tersebut kerana pada tarikh sebenar persaraan beliau jatuh pada masa cuti Tahun Baru Cina.....

  • Untuk tujuan tersebut suluhpenghidupan menyediakan ruangan untuk rakan sekerja, bekas pelajar atau sesiapa sahaja yang mengenali beliau untuk mencoretkan pengalaman bersama beliau sepanjang perkhidmatan di alam pendidikan.

  • Segala ucapan dan coretan kenangan boleh ditinggalkan di ruangan KOMEN PEMBACA di bawah. Terima kasih




Jumaat, 17 Disember 2010

Rancangan Pelajaran Tahunan 2011 untuk Guru SMK Telok Datok

Sekadar Perkongsian Ilmu dengan rakan-rakan..
Jika belum lagi menyediakan RPT untuk tahun 2011, saya telah menyediakan template kosong yang boleh diubahsuai ikut mata pelajaran. Mudah-mudahan boleh digunakan...

Klik pada download.


TEMPLATE RPT 2011 -

Rabu, 1 Disember 2010

Panduan Menggunakan Perisian Hot Potatoes (JCross)

Sekadar perkongsian ilmu dengan rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang ingin membina sendiri bahan Pembelajaran dan Pengajaran. Semoga ilmu ini dimanfaatkan sebaiknya oleh semua. Insyaallah..
Jika berminat untuk mendapatkan bahan P&P untuk mata pelajaran KHB, sila ke blog ini
GALERI CIKGU KHB


crossword by hotpotatoes -

Sekian, Terima Kasih... Segala yang baik itu hanya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.

Selasa, 23 November 2010

Anugerah Kecemerlangan

Tempat : Tapak Perhimpunan
Tarikh : 15 November 2010

Semasa perhimpunan terakhir 2010 yang diadakan Isnin lalu, beberapa pelajar cemerlang dalam Percubaan SPM 2010 telah mendapat sijil penghargaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.









Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan. Teruskan kecemerlangan ini di masa akan datang.

Sabtu, 20 November 2010

cerita seorg guru - Marniyati

marni-ameera-cerita-seorang-guru

""Jikalau sejak kecil anak-anak diajar agar tidak menerima kesilapan diri dan suka menuding jari mencari kesilapan orang lain, maka itulah keperibadian yang akan menjadi darah daging anak itu apabila mereka dewasa kelak.""

(Marniyati ialah anak Pn Misiam dan sekarang bertugas di UNITEN sbg pensyarah )

Khamis, 28 Oktober 2010

Majalah Tinta 2010..

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi, dengan izinnya dapat diterbitkan majalah Tinta 2010 yang mengandungi 160 muka surat dengan tema "KESENIAN BATIK", hasil kerjasama daripada semua pihak terutamanya Sidang Redaksi 2010.

Harapan kami, semoga majalah ini dapat menjadi kenangan buat semua warga SMK Telok Datok terutamanya pelajar yang akan meninggalkan sekolah ini.

Saya bagi pihak AJK Majalah Sekolah, ingin memohon kemaafan di atas kesilapan yang terkandung dalam penerbitan majalah pada tahun ini.

Khususnya kepada Jabatan Tingkatan 6 (TEDI) dan Kelab Guru dan Kakitangan, gambar kenangan tiada dalam majalah kerana kecuaian yang tidak disengajakan.

Kepada semua penaja, terima kasih diucapkan di atas sumbangan yang diberikan.

Akhir kata, semoga warga SMK Telok Datok dapat menghayati titipan dari majalah ini dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Terima Kasih..

Rabu, 6 Oktober 2010

Menunaikan Fardu Haji


Pada tahun ini 3 orang guru SMK Telok Datok akan menunaikan fardu haji. Mereka ialah Encik Ramlan Mohammad, Puan Asmah bt Othman, dan Encik Shamsudin Daud. Kelab Guru dan Kakitangan mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci dan selamat kembali. Kami juga berdoa mudah-mudahan mereka akan mendapat ibadah haji yang mabrur.

.....Assalamualaikum….

.....Buat sesiapa sahaja yang melayari blog ini, sekalung ucapan terima kasih buat anda dan salam perkenalan kepada yang belum mengenali. Sekiranya yang menatap blog ini adalah kawan lama yang terpisah, mudah-mudahan blog ini menjadi penghubung semula ikatan ukhuwwah filLah di antara kita..Ahlan Wasahlan..

- SMK Telok Datok Terbilang 2010 -