Khamis, 28 Oktober 2010

Majalah Tinta 2010..

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi, dengan izinnya dapat diterbitkan majalah Tinta 2010 yang mengandungi 160 muka surat dengan tema "KESENIAN BATIK", hasil kerjasama daripada semua pihak terutamanya Sidang Redaksi 2010.

Harapan kami, semoga majalah ini dapat menjadi kenangan buat semua warga SMK Telok Datok terutamanya pelajar yang akan meninggalkan sekolah ini.

Saya bagi pihak AJK Majalah Sekolah, ingin memohon kemaafan di atas kesilapan yang terkandung dalam penerbitan majalah pada tahun ini.

Khususnya kepada Jabatan Tingkatan 6 (TEDI) dan Kelab Guru dan Kakitangan, gambar kenangan tiada dalam majalah kerana kecuaian yang tidak disengajakan.

Kepada semua penaja, terima kasih diucapkan di atas sumbangan yang diberikan.

Akhir kata, semoga warga SMK Telok Datok dapat menghayati titipan dari majalah ini dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Terima Kasih..

4 ulasan:

Ghazali Lateh berkata...

Tahniah, tengok kulit pun dah tahu isinya bagus.

Norliza berkata...

Don't judge a book by it's cover..

alhamdulillah dah siap.. tapi cikgulah orang pertama yang saya perlu minta maaf..

he he..

iezz berkata...

Tahniah Liza, hasil yang boleh dibanggakan. Tu baru usaha kali pertama, kalau kedua kali dan seterusnya. Kebetulan dua-dua gambar yang tak ada tu ada akaklah. Takpe, macam Liza kata setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Norliza berkata...

Ye.. mudah-mudahan hikmah yang baik2. Maaf kak faiz ye.. Tak semua perkara yang kita lakukan itu dapat memuaskan hati semua orang kan.

.....Assalamualaikum….

.....Buat sesiapa sahaja yang melayari blog ini, sekalung ucapan terima kasih buat anda dan salam perkenalan kepada yang belum mengenali. Sekiranya yang menatap blog ini adalah kawan lama yang terpisah, mudah-mudahan blog ini menjadi penghubung semula ikatan ukhuwwah filLah di antara kita..Ahlan Wasahlan..

- SMK Telok Datok Terbilang 2010 -