Sabtu, 20 Februari 2010

Bendera SMKTD - Seni jahitan Tampal Hias, Tampal Cantum dan Sulaman.


1. Langkah pertama untuk membuat sebuah bendera menggunakan jahitan tampal hias ialah, penyediaan alatan dan bahan seperti, fabrik, glu, gunting dan sebagainya.

2. Potong fabrik latar berbentuk lencana sebanyak 2 keping. Saiznya lebih kurang 25cm x 35cm.

3. Motif seperti huruf, dan corak mesti disediakan dahulu menggunakan fabrik baldu. Proses ini terlalu rumit dan memerlukan kesabaran. Penyediaan huruf dan corak yang kecil memerlukan ketelitian supaya hasilnya sempurna. Potong setiap huruf dan corak dengan gunting yang tajam.


4. Motif yang utama ialah corak padi yang dibina dibahagian bawah. Ia perlu dijahit terlebih dahulu supaya bentuknya lebih seimbang. Lencana ini perlu disediakan dalam 2 set untuk bahagian depan dan belakang.



5. Gunakan mata jahitan yang paling kecil untuk menjahit semua motif.



6. Setiap bahagian perlu disusun dengan betul sebelum proses menjahit dimulakan.



7. Penyediaan bahagian tengah obor ini adalah cara memindahkan corak motif ke fabrik. Gunakan kapur tukang jahit untuk memmindahkan corak atau pensel yang boleh dipadam.



8. Setiap motif digam sedikit untuk mengelakkan motif berselerak semasa proses menjahit.



9. jahitan sulaman digunakan bagi menampal motif. Proses ini menggunakan benang berwarna hitam untuk menimbulkan kesan corak.



10. Sulaman menggunakan mesin jahit ini dibuat pada keseluruhan motif kecuali huruf.



11. Huruf-huruf disusun dengan teliti supaya tiada kesilapan ejaan. Terdapat 2 saiz yang berbeza iaitu bagi perkataan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK DATOK BANTING dan PELAJARAN SULUH PENGHIDUPAN.



12. Setiap huruf dijahit dengan mata jahitan yang paling halus.



13. Pastikan semua huruf telah dijahit dengan sempurna.



14. Proses membuat lencana telah selesai. Kini masanya untuk menampal kedua keping lencana di bahagian hadapan dan belakang agar sama dan tidak nampak cacat. Sulamkan dengan saiznya yang lebih besar untuk memastikan kedua-dua belah bercantum.



15. Bahagian ini perlu diletakkan di bahagian bawah lencana. Kaedah yang sama digunakan untuk mencantum bahagian ini.



16. Inilah hasil dari seni jahitan tampal hias dan tampal cantum.

  • Tampal cantum adalah fabrik latar yang dapat dilihat dari cantuman fabrik ungu dan kuning.
  • Tampal hias pula adalah motif lencana yang ditampal pada fabrik latar tersebut.

Diharap pelajar dapat memahami perbezaan di antara fabrik latar, seni jahitan tampal hias, tampal cantum dan jahitan sulaman.


:) Soalan Kuiz : Berapakah jumlah huruf yang dijahit pada bendera SMKTD?

Tiada ulasan:

.....Assalamualaikum….

.....Buat sesiapa sahaja yang melayari blog ini, sekalung ucapan terima kasih buat anda dan salam perkenalan kepada yang belum mengenali. Sekiranya yang menatap blog ini adalah kawan lama yang terpisah, mudah-mudahan blog ini menjadi penghubung semula ikatan ukhuwwah filLah di antara kita..Ahlan Wasahlan..

- SMK Telok Datok Terbilang 2010 -