Isnin, 26 Oktober 2009

Jamuan Akhir Tahun

Kelab Guru dan Kakitangan telah mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun bersekali dengan Jamuan Aidil Fitri dan Deepavali. Majlis tersebut diadakan di Camar Laut, Pusat Latihan Lembaga Perikanan Malaysia, Bagan Lalang, pada 24 Oktober 2009 (Sabtu), 12.00 Tengah hari

Majlis tersebut dihadiri oleh Pengetua, Tuan Haji Abd Wahit Bin Takat bersama barisan pentadbiran sekolah dan wakil PIBG serta ahli-ahli KGK. Majlis berlangsung dalam suasana kekeluargaan dan keceriaan dengan tema merah.

Antara acara yang menarik ialah penyampaian hadiah untuk pemenang Pertandingan Membangunkan Halaman Blog , Pertandingan Penulisan Kreatif dan acara tradisi 'Cabutan Bertuah'.

Ahli-ahli KGK pulang dengan gembira membawa hadiah kemenangan dan kenangan, walau bagaimana pun yang tidak membawa apa-apa, kita hadir lagi di tahun hadapan. KGK mengucapkan terima kasih di atas sokongan, dorongan dan sumbangan semua pihak dalam menjayakan semua program KGK 2009.

Kepada ahli KGK yang tidak berkesempatan hadir atas arahan tugas dan masalah lain saya persembahkan sebahagian daripada persembahan 'Multimedia' peristiwa setahun kita di SMKTD

Video (1)

Video 2

Foto Majlis Jamuan Akhir Tahun 2009 akan menyusul kemudian.......

Tiada ulasan:

.....Assalamualaikum….

.....Buat sesiapa sahaja yang melayari blog ini, sekalung ucapan terima kasih buat anda dan salam perkenalan kepada yang belum mengenali. Sekiranya yang menatap blog ini adalah kawan lama yang terpisah, mudah-mudahan blog ini menjadi penghubung semula ikatan ukhuwwah filLah di antara kita..Ahlan Wasahlan..

- SMK Telok Datok Terbilang 2010 -