Ahad, 8 Mac 2009

Keputusan SPM dan STAM 2008

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan diumumkan pada (Khamis) 12 Mac 2009 ini bermula pukul 10 pagi.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd. Dom memberitahu, calon persendirian boleh mendapatkan keputusan peperiksaan melalui pos yang akan dihantar oleh jabatan pelajaran negeri masing-masing..

Katanya, seramai 439,255 pelajar menduduki SPM di 3,913 buah pusat peperiksaan pada 12 November hingga 6 Disember tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, 386,265 atau 87.9 peratus adalah pelajar sekolah kementerian pelajaran dan 14,672 atau 3.4 peratus adalah pelajar sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu…

Tiada ulasan:

.....Assalamualaikum….

.....Buat sesiapa sahaja yang melayari blog ini, sekalung ucapan terima kasih buat anda dan salam perkenalan kepada yang belum mengenali. Sekiranya yang menatap blog ini adalah kawan lama yang terpisah, mudah-mudahan blog ini menjadi penghubung semula ikatan ukhuwwah filLah di antara kita..Ahlan Wasahlan..

- SMK Telok Datok Terbilang 2010 -