Isnin, 22 Disember 2008

Keputusan PMR 2008 - (30/12/2008)

Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2008 akan diumumkan pada 30 Disember 2008. Semua calon peperiksaan ini boleh mengambil keputusan mereka di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom, juga akan mengumumkan analisis keputusan PMR 2008 pada hari yang sama di Putrajaya.

Seramai 472,060 calon berdaftar di seluruh negara telah menduduki peperiksaan PMR yang berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober lalu.

Tiada ulasan:

.....Assalamualaikum….

.....Buat sesiapa sahaja yang melayari blog ini, sekalung ucapan terima kasih buat anda dan salam perkenalan kepada yang belum mengenali. Sekiranya yang menatap blog ini adalah kawan lama yang terpisah, mudah-mudahan blog ini menjadi penghubung semula ikatan ukhuwwah filLah di antara kita..Ahlan Wasahlan..

- SMK Telok Datok Terbilang 2010 -