Ditulis oleh Sarifuddin Ismail (pok_din)
Ramai yang salah anggap, blog tujuannya hanya untuk buat duit. Ini adalah pegangan dan fahaman yang amat bahaya!
Ketahuilah, blog banyak tujuannya:
1. Membina rangkaian persahabatan secara online - personal blog
2. Memasarkan produk dan servis di internet - business blog
3. Buat duit dengan program affiliate dan adsense - making money blog
4. Berkongsi ilmu dan pengetahuan. Anda hebat dalam masakan? Blog satu medium yang amat berkesan untuk berkongsi resepi! - content blog
5. Berita terkini (politik, agama, perkembangan dunia..) - news blog
6. Membina kredibiliti dan menarik bakal pelanggan - business blog
Ya, itulah dia. Banyak tujuannya bukan? Cuma, untuk semua jenis blog itu, ia boleh menghasilkan pendapatan sampingan seperti meletak iklan adsense, menyewakan ruang iklan di blog dan program affiliate (letak banner, review..).
Jika anda adalah seorang usahawan internet, penceramah, pensyarah, saintis, doktor, peguam, penulis, pengaturcara, ustaz, ulama’, tukang masak, cikgu sekolah, CEO, pengurus, peniaga eBay atau Lelong, ada shopping cart, seorang coach, atau siapa sahaja anda, maka anda memerlukan blog! Blog adalah salah satu komponen yang amat wajib untuk anda di dalam mencapai sesuatu tujuan samada untuk menarik trafik ke laman jualan anda, membina kredibiliti (tunjuk kepakaran), berkongsi ilmu, berita, dan sebagainya.
Maka jelas: Buat duit bukan matlamat utama, tetapi yang lebih penting adalah menguruskan blog agar kandungannya (content) bertambah, menarik trafik dan fokus kepada usaha memantapkan forum. Duit datang dengan sendirinya.
Tak faham? Kurang jelas? Macam ni.. Anda buat blog mengenai apa-apa topik dan tumpu kepada penulisan atau kandungan yang bermutu untuk blog tersebut. Bila sampai masanya, anda boleh membuat duit dengan blog tersebut.
Blog adalah salah satu ‘tools’ yang amat disukai oleh enjin carian kerana ia mengandungi content yang unik dan sentiasa dikemaskini. Ini bermaksud, pengguna di internet pada asalnya adalah bertujuan mencari maklumat dan bukan untuk membeli. Maka, dengan blog, kita boleh menulis dan menulis, iaitu memberikan mereka maklumat percuma.
Tetapi, dalam masa yang sama, kita boleh ‘mempromosikan’ produk kita pada blog tersebut.Pendek kata, tujuan pertama dan sebenar buat blog BUKAN untuk buat duit.. Tetapi duit itu adalah kemudian dan akan datang ’sendiri’ kelak bila sampai masanya, dengan cara tertentu.
Wassalam.
p/s
Semoga blog yang akan kita bina menepati matlamat kita
1. Memudahkan dalam urusan P & P
2. Memberi ruang kepada pelajar SMKTD memperolehi ilmu dari media yang
berbeza daripada kebiasaan
3. Merapatkan silaturahim melalui blog di kalangan warga SMKTD
ilmu yang sedikit jika dikongsi bersama akan merubah kehidupan
1 ulasan:
cun..
Catat Ulasan