Sempena sambutan Bulan Bahasa dan Sastera pada bulan Oktober, pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat telah menganjurkan sambutan berkenaan baru-baru ini. Pelbagai acara yang berteraskan bahasa dan sastera telah dianjurkan. Sempena sambutan bulan ini juga, pihak PPD Kuala Langat telah memperkenalkan anugerah Tokoh Pendidik Bahasa dan Sastera peringkat daerah. Seorang guru SMK Telok Datok iaitu Dr. Ghazali bin Lateh telah dinobatkan sebagai penerima pertama anugerah berkenaan. Objektif anugerah tersebut adalah untuk memotivasikan golongan pendidik untuk meningkatkan prestasi mereka dalam bidang pendidikan bahasa dan sastera Melayu, dan juga dalam bidang-bidang lain yang berkaitan.