SELAMAT HARI BAPA
BUAT SEMUA BAPA-BAPA DI SMKTD
BUAT SEMUA BAPA-BAPA DI SMKTD
Bapa, ayah, abah, itulah panggilan keramat anak kepada lelaki yang mempunyai anak. Kehebatan ayah tiadalah tandingannya. Sebut saja ayah anak pasti berhati-hati. Ayah selalunya tegas dan penuh disiplin. Dalam banyak hal ayahlah kata pemutus.
Ayah juga jarang menunjukkan secara zahir sayangnya pada anak. Hakikatnya ayah amat sayang pada anak-anak. Kebanyakkan ayah tak banyak cakap tapi banyak tindakan. Ayah banyak mengajar anak-anak dengan perbuatan dan gerak geri. Ayah juga banyak guna bahasa badan, sehingga anak membuat telahan sendiri. Anak-anak kalau bercakap dengan ayah terlalu berhati-hati. Kadang-kadang takut kadang-kadang tidak.
Itulah kebanyakan lelaki yang bergelar ayah! Sempena Hari Bapa, hadiahkanlah sesuatu untuk ayah. Beraksilah dipentas kehidupan dengan aksi-aksi yang tidak mengecewakan ayah dan ibu kita.
*credit to Bicara Anak - planet-fahmi.com