Khamis, 20 Oktober 2011

Guru BM SMK Telok Datok dianugerahi Tokoh Pendidik Bahasa dan Sastera Melayu Kuala Langat

Sempena sambutan Bulan Bahasa dan Sastera pada bulan Oktober, pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat telah menganjurkan sambutan berkenaan baru-baru ini.  Pelbagai acara yang berteraskan bahasa dan sastera telah dianjurkan.  Sempena sambutan bulan ini juga, pihak PPD Kuala Langat telah memperkenalkan anugerah Tokoh Pendidik Bahasa dan Sastera peringkat daerah.  Seorang guru SMK Telok Datok iaitu Dr. Ghazali bin Lateh telah dinobatkan sebagai penerima pertama anugerah berkenaan.  Objektif anugerah tersebut adalah untuk memotivasikan golongan pendidik untuk meningkatkan prestasi mereka dalam bidang pendidikan bahasa dan sastera Melayu, dan juga dalam bidang-bidang lain yang berkaitan.

.....Assalamualaikum….

.....Buat sesiapa sahaja yang melayari blog ini, sekalung ucapan terima kasih buat anda dan salam perkenalan kepada yang belum mengenali. Sekiranya yang menatap blog ini adalah kawan lama yang terpisah, mudah-mudahan blog ini menjadi penghubung semula ikatan ukhuwwah filLah di antara kita..Ahlan Wasahlan..

- SMK Telok Datok Terbilang 2010 -